Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Aku...Duit dan perasaan jeles sket...


Pertama sekali assalamualaikum w.wb.t dan salam sejahtera kepada semua rakan2 dan sanak-saudara tak kira yang jauh mahu pun yang dekat. Pertama sekali ya! Aku memang sudah lama tidak meng'update' blog aku nie. Semua kerana usaha aku untuk menghasilkan novel Syaakur buku dua dan juga lagi dua novel lain. Ya! Aku mahu siapkan 3 novel dalam satu masa. Bunyik macam hebat, tapi sebenarnya tidak. Kerana aku sudah boleh melihat benda2 yang tak wujud di hadapan ku. Antaranya seperti berikut:


1. Satu hari ketika aku baru bangun tidur, bila aku buka pintu bilik, aku mendapati diri ku sedang berada di dalam ruang tamu yang penuh dengan perabot2 berharga tinggi. Ruang tamu tu ada TV flat screen besar di diniding. Ada sofa empuk. Ada PS3...Ada Xbox360 latest edition...ada meja menulis yang cantik...dan bilik tu sejuk je sebab ada aircond...semuanya tampak real...malah aku boleh merasakan hawa aircond itu...tapi bila aku gosok mata aku, semua hilang begitu saja. Huhuhuhu...pelik tapi sangat benar!!!


2. Aku bercakap dengan diri ku sendiri macam Johnny Deep dalam filem Secret Window yang ditulis oleh Stephen King. Aku nampak dengan jelas diri ku sendiri sedang bercakap dengan aku.


Tunggu!!! Jangan menganggap aku gila dulu. Aku masih normal dan waras. Cuma mungkin agak sedikit berilunasi hehehehe...Mengapa aku buat begitu???? Adakah kerana mahu popular??? Atau kerana aku nie tamak??? Atau juga kerana aku nie memang nak cari gila??? Sebelum aku menjawap soalan itu, izinkan aku meluahkan apa yang aku maksudkan dengan tajuk entri ku kali ini iaitu Aku...Duit dan perasaan jeles sket...


Sedar tak sedar, rupanya sudah hampir dua tahun aku berkecimpung di dalam dunia penulisan. Tidak lama lagi pesta buku antarabangsa yang ke dua dalam hidup ku akan berlangsung pada bulan Mac nanti. Mudah2an aku dipanjangkan usia untuk menghadirinya. Dalam dua tahun itu, aku sudah melalui banyak pengalaman yang manis dan pahit. Dan aku sangat bersyukur kerana Allah sudah memberikan aku peluang untuk menjadi apa yang aku impikan selama ini.


Dan sepanjang dua tahun itu, aku berjumpa dan berkawan serta bermusuh dengan ramai orang baru dalam hidup ku. Mengapa aku cakap bermusuh sekali? Aku tidak mahu hipokrit dan mengatakan semua orang itu kawan aku. Sedangkan Rasulullah difitnah. Sedangkan Rasulullah dibenci. Sedangkan Rasulullah disalah anggap. Apakan lagi diri ku yang penuh dengan kelemahan ini. Namun tidak perlulah aku menyentuh perkara itu lagi. Biarlah ia menjadi kenangan silam.


Ya, sejak melangkah masuk ke dalam dunia penulisan, aku juga berkawan dengan ramai orang. Malah jauh lebih ramai dari orang yang memusuhi ku. Antaranya:

1. Alif Firdaus Aziz (Alifstyle)
2. Ismail (Maxmagic)
3. Husna Adnan (Sna lala)
4. Kak Nora Fuad (penulis novel)
5. Kak Hazel (penulis novel)
6. Baharuddin Bekri (penulis novel)
7. Macha Mata Merah (penjaga cyber cafe astaf seksyen 23)
8. Ahmad Firdaus
9. Eizman dan abang serta adik2nya
10. Kak Balqis (penulis buku)
11. Abang Arsenal (pelayan restoran JAJA CAFE seksyen 23)
12. Kak Norgadis Labuan (penulis dan blogger popular)
13. Tuan Suili (penyajak dan pemuisi hebat)
14. Tuan Haji Osman (penyajak hebat)
15. Tuan Sahar (pengetua sekolah dan penyajak yang aku segani)
dan banyak lagi.....


Tapi sejak dua menjak ini, hidup ku menjadi tidak menentu. Masalah kewangan sudah tiba dalam hidup ini. Tapi belum tahap yang membolehkan aku meminta sedekah lagi la. Cumanya bila taraf hidup ku bertukar dari budak kampung ke penulis cabuk di bandar besar, jumlah duit yang diperlukan semakin meningkat. Hingga mampu membuatkan aku tension hampir setiap masa.


Bukan tidak bersyukur dengan pendapatan sekarang ini, cumanya secara logiknya...ianya tidak mencukupi. Malah kadang-kala kurang. Hal ini membuatkan aku agak sedikit trauma bila melihat2 blog atau gambar2 di Facebook kawan penulis yang lain. Semuanya kelihatan indah dan menyeronokkan. Ada yang cuti di dalam negeri dan ada juga hingga ke luar negara. Ada yang menulis di tempat2 yang sangat indah dan menarik. Apa yang membuatkan aku diserang perasaan jeles sket adalah kerana aku tidak pernah punya peluang dan kemampuan seperti mereka pada tahun ini!!!! Huhuhuhuhu...sedih kau tau Nab...


Tapi disebalik rasa jeles tu, aku turut tumpang bergembira kerana rakan-rakan penulis yang lain itu dianugerahkan rezeki yang melimpah ruah. Dan aku cuba menjadikan perasaan jeles sket nie sebagai pembakar semangat untuk aku merealisasikan projek terbaru ku untuk menghasilkan 3 buah novel dalam satu masa untuk tahun depan. Kau nak tau Nab, dah dua minggu aku tido 3 jam je. Mata ni dah macam beruang panda je hah!


Jadi itulah jawapan aku....Kepada rakan-rakan penulis yang lain, aku ucapkan selamat berkarya dan selamat bercuti...dan akhir kata buat kalian...YA AKU JELES KAT KORANG SEMUA SEBAB CUTI TEMPAT2 LAWA!!! HAHAHAHAHA....Doakan aku selamat mengharungi proses nak menghasilkan 3 novel tu semua dengan berjaya ek...Sampai di lain entri...Adios amigo...

Sebuah tempat yang indah...sejuk dan menyamankan...tempat ku bertapa suatu masa dahulu...

Aku, Dia yang lahabau dan Santau

Salam buat semua insan-insan yang masih sudi datang bertandang ke blog aku yang tak 'seberap' ni hehehe. Syukur kepada Allah S.W.T, seminar aku di Labuan akhirnya sudah berakhir dengan begitu lancar. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Apa yang aku mengarut ni. Korang semua musti dah agak bengang sebab aku sudah membiarkan blog ini bersawang sakan. Maaf. Ini semua kerana sibuk hendak menyiapkan manuskrip Syaakur buku ke dua. Sampai-sampai aku dah boleh nampak Syaakur, Nur Halisa, Norliyana dan Wak Darmo tu kat depan mata aku. Jangan aku gila dah la ek.


Pernah tak korang semua melihat orang disantau? Atau anda sendiri pernah disantau? Atau mungkin juga anda sendiri pernah menyantau orang? Jika ya sms ke ON SANTAU dan hantar ke 32665. Maaf terbabas kata pulak. Sebenarnya apa yang aku nak ceritakan kat korang pada entri kali ini adalah sangat berkait rapat dengan amalan santau. Alhamdulillah...aku tidak pernah disantau. Tengok orang disantau tu pernah. Tapi yang sedihnya tu, boleh-boleh aku pulak ditubuh menyantau orang! Patut ke tak patut??? Siap cakap aku ni ada ilmu hitam lak tu. Mentang-mentang la cincin aku penuh dijari. Itu hanya sekadar cincin hiasan lak bang oii. Aku nak menuntut ilmu sains tulen pun tak pass, ini kan pulak ilmu hitam. Nak lagi sedap 'Dia Yang Lahabau' tu boleh cakap aku ni ada macam2 ilmu sebab setiap cincin aku tu ada ilmu2 yang tertentu. Aku pun apa lagi tersenyum bangga la. Ternyata ada jugak lahabau yang percaya cincin aku semua tu ada ilmu. Hahahahahaharam jadah!


Dia Yang Lahabau itu juga turut menuduh aku mampu menyantau ahli keluarga dia. Aku rasa satu hari nanti, musti dia boleh buat novel ala-ala filem Mantra tu kan? Kalaulah aku ni ada ilmu hitam sekali pun, buat apa la aku nak santau orang? Bukannya aku dapat duit pun. Kena-kena lak aku yang tengah sesak duit ni hah! Baik aku suruh jin belaan aku pergi rompak bank banyak2. Tak ke berfaedah jugak sket ilmu hitam aku tu jadinya. Inilah melayu, asal benci atau tak suka tengok kat orang yang tak hensem macam aku ni, terus kata macam2. Selalu menilai orang dari rupa. Benci tau! Mentang2 la aku sekarang ni rambut panjang, beria la semua kata aku ni peragut la, perompak la, untuk cerita lebih lanjut tentang rambut panjang aku, nanti aku ceritakan kat FB. So silalah ke FB saya pulak nanti ye.


Jadi nasihat aku kepada Dia yang lahabau and the geng, udah2 la beburuk sangka dengan orang. Kang bukan aku yang santau hang, orang lain lak yang buat. Alih2 aku jugak yang kena. Cincin2 aku semua tu melambang sesuatu dalam hidup aku la, tujuannya supaya aku sentiasa sedar diri dan tak berubah jadi orang lain. Kalau betul cincin aku tu semua ada ilmu, baik aku pukau satu dunia ni beli buku2 aku. Boleh gak aku jadi Worldwide Bestseller kan? Ada kepala hotak tu pakai la sket. Meminjam kata hikmah dari kengkawan band gua, kalau lu bodoh ye pun jangan la tunjuk semua bodoh tu, tunjuk sket2 sudah la. Kan aku dah terlancang dah. Susah tau nak dengar dan tengok aku melancang. Renung2kanlah dan selamat bertaubat....



Sebelum berpisah mari kita lihat sedikit gambar yang mungkin sedikit memuaskan hati Dia Yang Lahabau tu...




Ini adalah kejayaan terhebat aku, di mana mampu memukau seorang penulis barat dengan ilmu yang kenali sebagai "Pukau Penunduk Sentuh Buku". Satu ilmu hebat yang mampu menundukkan hatta Firaun sekali pun.


Rakan santau gua. Dari kanan: Alif (pakar dalam pukau guna lukisan dan video), Baharuddin Berkri (pakar pukau guna novel kehidupan) dan Ismail (pakar dalam pukau, sihir, dan santau. Ketua dan pengasas kepada Persatuan Ilmu Hitam Gelap bahagian Zon Selatan Timur dan Barat Daya) Jika berjumpa kami duduk semeja, AWAS!!! Kami mampu menjelmakan Naga Hitam Yang Sangat Besar hingga Ultraman juga tidak mampu menewaskannya. P/s yang dalam botol tu bukanlah air oren, tetapi adalah ilmu2 penyantau rival kami yang lemah yang berjaya kami tewaskan dan tangkap masuk dalam botol plastik. Lalu kami tersenyum gembira.



Kepada gadis ini...sekiranya anda ingin terus berkawan dengan jejaka tak hensem disebelah anda itu, AWAS!!! Dia mungkin seorang penyantau!!!! BUktinya budak kecil baju merah di belakang tu sedang terlihat jin belaan dia asyik makan ayam KFC kat belakang anda!

Antara mangsa ilmu "Pukau Pen Hitam Berbulu Senyum" kekuatan ilmu tersebut hingga mampu memukau adik bertudung labuh dibelakang mangsa...

Aku sedang mempraktikkan ilmu "Santau Kamera Digital" yang aku pelajari di Medan Indonesia..

SEMINAR DI SMK TEKNIK

Hari pertama...4 Oktober 2010...


- Hari pertama seminar, aku bangun awal dan tiba di sekolah 5 minit sebelum jam 8.00 pagi. Di sana, Tuan Haji Osman dan Tuan Suili sudah tiba lebih awal. Setelah menunggu beberapa minit kami pun dijemput masuk ke dalam bilik seminar di tingkat atas sekolah oleh Cikgu Syikin. Setiba kami di dalam bilik seminar, bilik itu kosong tanpa pelajar. Sekali lagi aku menelan liur. Adakah mereka sedang sibuk mengecat banner "Kami juga sibuk seperti sekolah sebelumnya!!" atau "Penceramahnya nampak macam gangster yang menyamar jadi baik! Kami tak percayakan dia!!" Hehehehe...Tapi sekali lagi itu semua hanyalah rekaan semata. Sebenarnya dalam hati aku berkata "Wah mereka mesti sedang berbincang bagaimana tentang di mana kita hendak membeli hadiah paling istimewa untuk abang penceramah."


- Rupa-rupanya perhimpunan di sekolah ini bermula dan berakhir sedikit lewat dari yang lain. Sebab tu la para pelajar tak datang lagi. Tidak lama selepas itu, para hero dan puteri sekolah pun berpusu-pusu masuk ke dalam bilik seminar. Cuma kali ini aku sedikit terkedu bila diberitahu para pelajar akan duduk di lantai yang sudah terbentang karpet yang cantik. Ini kerana bilik seminar juga merupakan sebuah bilik seni.
- Selepas itu aku memulakan seminar. Namun pada hari pertama seminar aku pulang dengan rasa tidak puas hati dan sedikit kecewa. Bukan kerana reaksi atau aksi para pelajar! Tetapi kerana aku dapat rasakan aku tidak mampu memberikan penyampaian yang begitu bersemangat dan mantap seperti sekolah2 sebelumnya. Ini kerana sakit kepala ku yang sudah berlarutan selama hampir 4 hari. Jadi selepas seminar dan makan2 di kafe guru, bersama cikgu Syikin dan rakan seperjuangan di PERWILA, aku terus pergi berjumpa doktor. Hasilnya doktor suruh aku berehat. Kerana sakit kepala ku itu bukan sakit kepala yang biasa. Sakit apa? Biarlah rahsia hehehe...Yang penting ianya masih belum mampu untuk meragut nyawa ku. Macam biasa, aku pastinya tidak akan berehat. Banyak lagi kerja yang harus diselesaikan! Seminar masih jauh dari penghujungnya.
Hari ke dua...5 Oktober 2010...
- Pada hari ke dua, aku memulakan seminar dengan ucapan mohon maaf ku kepada para pelajar atas kegagalan ku memberikan penyampaian yang begitu bertenaga pada hari pertama walaupun aku masih mampu membuatkan mereka semua ketawa pada hari pertama. Mungkin mereka semua tidak perasan tetapi aku tahu hehehehe...diri ku tidak memberikan yang terbaik.
-Selepas babak memohon maaf selesai, aku memulakan seminar kali ini dengan lebih baik dari hari sebelumnya. Alhamdulillah...aku berjaya membuat penyampaian yang bertenaga seperti sekolah2 sebelum ini. Walaupun Tuhan saja yang tahu masa menyampaikan seminar tu kepala aku sakit. Aku rasa macam nak pengsan pun ada. Aku rasa macam sedang berdiri di atas perahu di tengah laut pun ada. Huhuhuhu...
- Pada penghujung seminar, rakan2 seperjuangan di PERWILA sempat membacakan puisi dan sajak mereka. Semua para pelajar begitu mengambil perhatian dan memberikan tepukan yang gemuruh buat mereka. Sajak dan puisi yang disampaikan sangat2 berseni dan mendalam maksudnya.
- Maaflah kerana tidak banyak perkongsian cerita untuk seminar kali ini. Ini kerana kesibukkan dan kesihatan yang terganggu. Apa-apa pun secara peribadinya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Tuan Pengetua, para guru yang bertugas, dan juga murid2 sekolah yang hadir, atas layanan istimewa dan juga sokongan serta perhatian yang begitu mantap. Semoga berjaya kepada semua pelajar!!! Semoga kita berjumpa lagi....
Akhir sekali terimalah sedikit gambar2 kenang-kenangan dari lensa kamera handpone ku...

Tuan Suili a.k.a ANS (Anak Negeri Sarawak) sedang menyampaikan puisinya..



Cik Rafidah a.k.a Bintang Syurga juga menyampaikan puisi cintanya...


Sesi menerima sijil dari sekolah...

Bersama antara hero-hero yang hadir...Terima kasih dik..dan good luck!!!

SEMINAR DI SMK MUTIARA

Hari pertama...27 September 2010...

- Satu malam aku tak tidur memikirkan apa yang bakal terjadi di sekolah ini. Dari malam hinggalah ke pagi aku gagal menutup mata aku dibuatnya. Macam2 yang aku fikirkan. Macam mana sambutan para pelajar di sekolah tu nanti? Penyampaian jenis yang macam mana harus aku lakukan?
- Pada hari pertama. aku datang awal sudah. Ngeh ngeh ngeh...Tuan Haji Osman dan rakan seperjuangan yang lain tidak lagi perlu menunggu aku yang macam trip VIP ni. Setiba di sana, Cikgu Masri (mengenali ku kerana aku pergi dibimbing olehnya suatu ketika dulu ketika di sekolah menengah) menyambut kami dengan penuh ramah mesra.


- Masuk saja aku kat dalam bilik seminar...Wah?!!! Cantik dan besar serta sejuk tempatnya. Tetapi kali ini ada pembaharuan di mana bilik itu kosong tanpa sesiapa. Para pelajar belum lagi masuk. Aku dah telan liur. Dalam kepala hotak aku dah terfikir. Adakah mereka semua sedang melukis banner2 seperti "Kami pelajar yang sibuk! Jangan buang masa kami!" atau mungkin juga "Rambut dia panjang! Kami tak percaya dia!" ngeh ngeh ngeh (abang ni dalam ceramah cakap dont judge a by its cover! Gumam segelintir pelajar selepas membaca ayat aku tadi. Abang gurau je ngeh ngeh jangan mara aaaa...) Ok sebenarnya semua yang aku nyatakan tadi adalah rekaan semata-mata. Aku steady je bila bilik tu kosong. Positifkan fikiran aku dan cakap "Mungkin dorang semua sedang membalut hadiah yang cantik dan besar untuk aku. YES!!!"


- Tapi alhamdulillah tidak lama selepas itu, dewan seminar telah diisi penuh oleh para pelajar dan juga beberapa orang guru serta rakan2 seperjuangan aku di PERWILA. Tetapi kalau sekolah2 sebelum ini berjalan dengan lancar, Allah cuba menguji aku. Atau mungkin membalas kesalahan ku yang selalu mendoakan "rosak la LCD tu. Biar dia tak jadi bagi ceramah!" bila mana cikgu menyuruh aku dan rakan sekelas hadir untuk mana2 ceramah motivasi sekolah menengah dulu. Padan muka aku! Hampir sejam lebih jugak, Tuan Masri cuba meleraikan kekusutan masalah LCD yang enggan mempamerkan visual yang ada di laptop. Sudahnya seminar yang sepatutnya bermula pada jam 8 pagi..berlangsung pada jam 9.37 pagi. Tapi aku pasrah dan bersyukur kerana Allah balas dosa aku tu cash di dunia. Sedikit ruang untuk aku menginsafkan diri.

- Dengan lafaz bismillah seraya cuba menenangkan gugup ku walaupun ini bukan sekolah yang pertama, aku memulakan seminar. Dan alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar.

- Aku begitu terharu dan bersyukur kepada Allah kerana sudah mendapat layanan yang begitu hebat sekali dari pihak sekolah menengah Mutiara Labuan. Macam VVIP cakap sama lu!!! Makanan yang dihidangkan ketika sesi rehat. Sampai 3 kali tambah aku. Dah tak malu dah dengan Kak Norgadis dan cik Rafidah serta rakan2 yang lain. Sedap betul mee goreng dan lauk2 yang lain! Serius sedap!


Hari kedua...28 September 2010...


- Sekali lagi Allah menguji aku, hambaNya yang selalu saja terleka ini. Hujan turun dengan lebatnya dari subuh hinggalah jam 8 pagi. Bersedia atau tidak aku redah saja hujan ituuuuu!!!! Sedikit ikutan dari rancangan BOLOS di situ. Setiba aku di sekolah, parking lak penuh. Korang nak tau? Kalau tak nak pun buat2 lak nak. Korang nak tau, aku tunggu dalam kereta sampai 23 minit baru dapat parking. Dah tu masalah lagi nak berlari masuk ke dalam kawasan sekolah yang berbumbung. Hujan tengah lebat tahap kamen rider merah bak kata adik aku. Sekali lagi sedia atau tidak, aku redah saja hujan ituuuuuuuuuu!!!!!!!!


- Bila sampai di kawasan berbumbung, Allah menguji aku lagi. Ditakdirkan selipar aku licin tahap kamen rider merah. Yang aku jalan ala2 pengantin pun boleh nak tergelincir. Sudahnya, sebab aku dah terlambar giles, aku bukak selipar dan berjalan seperti biasa hinggalah ke kawasan yang kering lantainya. Sampai di bilik seminar, aku diuji lagi. Bilik seminar pulak sudah digunakan oleh pihak lain. Kami terpaksa berpindah ke bilik seminar yang lain. Nasib baik sekolah ni ada banyak bilik seminar yang cantik2.


- Bila sampai di sana, bilik sudah dipenuhi oleh pelajar. Jumlahnya lebih ramai dari hari pertama. Dengan langkah penuh segan sebab dah lambat tahap keman rider merah, aku terus memulakan seminar yang mana kali ini lebih berbau keagamaan dan pengajaran yang mudah2an mampu memberikan keinsafan kepada diri aku dan juga para pelajar serta guru2 dan rakan2 seperjuangan.


- Aku akhiri seminar aku dengan tayangan trailer novel Syaakur versi buatan sendiri kepada semua yang hadir. Lalu selepas itu aku membuka sesi jualan hasil karya ku.

- Apa yang terjadi pada sesi jualan buku dan novel ku adalah sesuatu yang tidak akan aku lupakan sampai bila2. Ini kerana aku selalu sematkan dalam hati yang kalau rezeki aku sikit pun tak apa. Janji ada. Kalau seorang saja yang nak beli buku atau novel aku ni, takpe, itu pun rezeki namanya. Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. Aku bagaikan cuba dimakan oleh segerombolan zombie yang normal rupanya malah ada yang cantik dan macho lagi. Begitu terujanya mereka ingin mendapatkan hasil karya aku yang tak seberapa tu. Belum bestseller Malaysia pun. Tapi kalau satu Malaysia sudi membelinya, insya'Allah. Memetik dari kata2 di cover buku Tuan Nazri yang berjudul Karipap-Karipap Cinta. Hah kalau korang nak tau...model aweks bertudung dalam cover buku tu...bukan awek aku. hahahaha tapi kawan aku...Cik Husna sila jangan putuskan tali persahabatan kita kerana lawak hampeh ku ini ngeh ngeh (dalam hati ada sate! Sempat lagi tu)

- Selepas aku menandatangani buku dan novel yang terjual, tibalah masanya aku menjadi seperti Farid Kamil tapi aku lagi hensem dari dia! Huh! Hampir putus urat pipi aku senyum bergambar dengan para pelajar SMK MUTIARA yang memberikan sokongan yang begitu hebat!!! Bayangkan Tipah, abang bergambar sampai 30 minit tanpa henti dibuatnya!
- Akhir kata dari saya buat para pelajar yang hadir, semoga berjaya dengan apa yang sedang diusahakan tidak termasuk usaha2 yang boleh membawa adik2 ke penjara mahupun tali gantung ya! Usaha yang baik2 saja! Dan abang harap apa yang abang sampaikan sepanjang seminar dapat memberikan manfaat kepada diri abang sendiri dan juga adik2 sekalian ya...Insya'Allah...All da best from me! Harap berjumpa lagi di masa akan datang!!!


Antara puteri2 dan hero2 yang hadir dan memberikan sokongan dan perhatian yang hebat!!!




Aku siap mendapat cerderahati penghargaan dari Tuan Masri yang mana merupakan guru sekolah dan juga ahli PERWILA sendiri...Tu aku tengah wat muka terharu la tu..Kalau korang perasan hari terakhir aku akan memakai baju SINDIKET SOLJAH..Ngeh ngeh aku suka sindiket tu...

Sesi bergambar yang aku pun tak tau berapa banyak gambar kesemuanya yang terhasil, yang ini dari lensa telefon ku sendiri. Students dari SMK MUTIARA, kamu semua sudah jadikan hari terakhir seminar begitu istimewa...Terima kasih buat segalanya...

SEMINAR DI SMK PANTAI

Hari pertama....22 September 2010


Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana memberikan aku kudrat dan kesihatan untuk meneruskan program Seminar Motivasi Penulisan ku bersama Persatuan Penulis2 Labuan iaitu PERWILA. Seminar di SMK PANTAI LABUAN berlangsung pada 22 dan 23 September 2010. Merupakan sekolah kedua dalam jadual seminar. Seperti biasa, pada hari pertama aku merupakan orang yang terakhir tiba. Apa la aku ni? Si Trip Star hehehehe...Maafkan saya wahai para rakan seperjuangan di PERWILA dan juga murid2 serta guru. Bukan apa, jalan jam. Tol pulak rosak. Labuan ada tol ke bang? Nak menipu agak2 la.

Setibanya saya di sana, saya disambut begitu baik dan istimewa oleh seorang pengawas yang saya pun dah lupa nama dia. Tapi saya cukup kenal wajahnya ;) Saya bersama2 Tuan Haji Osman, Tuan Suili, Hajah, Cik Rafidah dan juga Puan Norgadis. Rakan2 seperjuangan di PERWILA yang tidak pernah lelah memberikan sokongan kepada ku. Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kalian, dibawa naik ke bilik seminar yang terletak di tingkat dua. Setiba kami muka pintu bilik seminar, kami semua disambut baik oleh guru2 yang bertugas dan pengetua sekolah.


Seperti biasa. Pada hari pertama aku (Aik dah tukar aku pulak?) banyak menyentuh topik2 utama seminar sesambil cuba untuk menghiburkan para pelajar dengan lawak2 ku yang aku sendiri pun tak tau lawak ke tak walaupun alhamdulillah rata2 mereka tergelak. Kali ini aku tidak lagi meragut masa rehat para pelajar seperti mana yang aku telah lakukan di SMK LAJAU LABUAN. Di mana hampir ada kemalangan jiwa dilapor akibat lapar yang melampau. Hampir ya bukannya sudah ada..Habis seminar kami dan para pelajar diberikan hidangan yang begitu menyelerakan. Sama macam di sekolah yang sebelumnya. Dan kali ini aku tidak malu lagi. Melantak sampai dua kali tambah. Hehehehe...Kak Norgadis masih lagi puasa...


Hari kedua...23 September 2010


Pada hari kedua aku sudah insaf dan berubah. Di mana aku menjadi orang pertama yang tiba di sekolah. Maksud ku di kalangan rakan seperjuangan di PERWILA. Aku orang pertama disusuli Tuan Haji Osman dan kemudian rakan seperjuangan yang lain. Di hari kedua ni, aku agak blur sedikit. Agak tergagap seketika. Sebabnya semalam entah jin mana rasuk aku, menyebabkan aku tak boleh tidur sampai ke esok pagi sampailah seminar hari kedua tamat. Balik saja rumah, aku ingat nak hentam membuta terus, tapi ditakdirkan cuaca Labuan menjadi begitu hampir dengan suhu di gurun pada waktu siang. Kulit rasa macam nak terbakar Latipah oiii...


Di hari kedua macam biasa juga, aku banyak memberikan ceramah yang diadaptasikan dari kisah2 ku di zaman jahilliah. Aku harap semua kisah2 yang aku ceritakan mampu untuk memberikan manfaat dan tauladan kepada adik2 semua. Kalau tak banyak sikit pun jadilah ya...Insya'Allah kita sama2 doa meminta agar Allah memberikan kita petunjuk untuk terus mengubah diri ke arah kebaikkan. Tak semestinya semua mesti jadi Ustaz dan Ustazah pulak lepas ni ya. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak mampu nak jadi, cukup sekadar menjadi manusia yang bermoral dan beragama. Silap haribulan ada jugak aku yang jadi ustaz lepas ni. Ustaz Resmanshah hehehehe...


Secara peribadinya sambutan dan sokongan di SMK PANTAI LABUAN tidak kurang hebatnya dari sekolah sebelumnya. Semua para pelajar memberikan sokongan dan perhatian yang mantap dan kancang!!. Abang begitu terharu dan bersyukur sekali kerana diberikan rezeki dan peluang untuk membuat seminar buat adik2 sekalian. All da best dan good luck untuk segalanya...Abang doakan semua kalian menjadi insan2 yang berguna untuk agama, bangsa dan negara...

Bersama puteri-puteri dan hero-hero yang hadir di seminar...Ko peace2 kat belakang ek..hehehehe ndak apa dik. Janji rock dan berjaya ya, jangan putus asa..abang doakan..


Tuan Haji Osman memberikan sepatah dua kata kepada para pelajar. Suka cara Tuan Haji Osman berucap. Tenang dan bersahaja. Biasalah orang berpengalaman.


Terima kasih atas sokongannya ya anak2 adik2 sekalian...Sama2 kita jadikan amalan membaca ini sebahagian dari hidup kita...Jangan baca buku abang saja. Bacalah sebanyak buku yang termampu selagi bernafas..

Begitulah perhatian yang diberikan oleh anak2 adik2. Terharu rasanya...Di tepi kita dapat lihat barisan rakan seperjuangan di PERWILA...Penulis cerpen berat dan puisi yang cukup hebat...

Seminar di SMK LAJAU LABUAN....

Hari pertama....20 September 2010
Seminar aku di sekolah ini bermula pada 20 September 2010 dan berakhir pada 21 September 2010. Pada hari pertama seminar, aku sudah sedikit terkejut beruk. Mengikut jadual seminar bermula pada 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Mungkin kerana rasa rendah diri, aku budget mesti pukul 8.00 pagi baru dorang set up tempat untuk majlis. Yelah, aku ni bukan menteri ke apa ke dorang nak set up awal2. Tapi ternyata aku silap besar. Bila mana aku tiba di sana pada jam 8.05 pagi, semua murig dan guru termasuk Tuan Pengetua iaitu Tuan Sahar, bersama Tuan Haji Osman, Tuan Suili, Kak Norgadis (nama pena), Hajah, dan juga Cik Rafidah, sedang menanti ketibaan aku. Aku disambut dengan begitu meriah dan baik sekali. Mula la aku rasa terharu dan gugup. Gugup sebab takut aku tidak mampu memberikan yang terbaik untuk seminar itu.

Sebaik aku melangkah ke dewan seminar, semua pelajar memberikan salam hormat kepada ku dan semua tetamu kehormat. Aku membalas salam hormat mereka semua dengan senyuman. Dengan lafaz bismillah di dalam hati, aku memulakan seminar walhal dalam kepala otak aku begitu risau tentang masa seminar yang begitu panjang. Aku berlatih di rumah semalam tak sampai 40 minit je pembentangan aku huhuhhu...Tapi berkat respon positif dari para pelajar dan perhatian mereka, alhamdulillah aku mampu untuk memberikan ceramah dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan mereka selama lebih dari 2 jam?!!! Sampai2 aku tak perasan aku sudah meragut keseluruhan masa rehat mereka semua. Abang minta maaf ye adik-adik semua...


Selepas seminar hari pertama selesai, aku dijemput untuk ke meja hidangan yang dihias cantik oleh pihak sekolah. Bersama-sama rakan seperjuangan di Perwila dan juga para guru dan pengetua sekolah, aku menikmati hidangan yang sangat menyelerakan. Mujur ramai di antara mereka yang berpuasa, kalau tak, dah buruk lantak dah aku...Haa..cik Rafidah dan Kak Norgadis mesti senyum2 kalau baca ayat aku ni kan? Kan? Sebab aku hanya makan sebijik kuih. Kontrol macho bak kata orang.
Hari kedua...21 September 2010

Pada hari kedua seminar, sekali lagi aku menjadi orang yang terakhir sampai. Aku terlajak tidur semalam sebab malam tu tidur jam 3 pagi. Sempat menulis manuskrip sekejap. Pada seminar hari kedua ini, aku memberikan sedikit preview tentang hasil karya aku bersama KarnaDya dan juga PTS. Aku siap tunjuk trailer Syaakur yang aku buat sendiri lagi hehehe...Aku sempat menceritakan salah sebuah cerita dari buku pertama ku iaitu INI BUKU SERAM..Syukur kerana aku berjaya membuatkan semua tetamu kehormat, guru2 dan para pelajar tergelak bersama-sama. Terima kasih semua! Seronok kerana dapat menghiburkan kalian semua!!!

Selepas itu, aku dibawa ke pentas sekolah untuk mengadakan sesi jualan hasil karya aku. Aku sedikit tergamam, bila melihat di atas pentas sudah tersedia sebuah meja yang dihias cantik buat ku. Aku juga disuruh menandatangani buku pelawat yang besarnya seperti buku mohor diraja hehehehe...Ramai putera dan puteri SMK LAJAU LABUAN sudi membeli dan meminta tandatangan aku yang tak nak berapa nak lawa tu. Sori dik, tulisan abang dari dulu tak berapa nak kreatif. Tulis surat cinta pun kadang2 si dia tak berapa nak faham tulisan huhuhuhu...Secara keseluruhannya, aku sangat2 gembira membuat seminar di sekolah ini. Para guru dan pelajar semuanya best2 belaka. TERIMA KASIH BUAT SEGALANYA DAN SEMOGA BERJUMPA DI LAIN MASA...GOOD BUAT SEMUA PELAJAR SPM DAN STPM SMK LAJAU..


Bersama semuanya...Muka aku dah merah sebab kena panas huhuhu...Muka aku memang cepat merah kalau kena panas...


Antara Hero-hero yang memberikan sokongan yang kancang...hehehehe

Antara puteri-puteri yang hadir dan memberikan sokongan...

Jelajah Seminar Penulisan Sekolah Menengah Seluruh Labuan 2010 bermula....

Assalamualaikum kepada semua rakan2 blog yang baik hati. Selamat hari raya adilfitri dan maaf zahir batin buat kalian semua. Setelah sekian lama saya merancang dan mengusahakan seminar ini, alhamdulillah, atas izin Allah, akhirnya ia menjadi kenyataan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada TUAN HAJI OSMAN, TUAN SAHAR, KAK SALBIAH, KAK RUSNI, TUAN SUILI, KAK NORGADIS(BLOGGER POPULAR), HAJAH yang saya lupa nak tanya namanya..maaf Hajah..., dan juga CIK RAFIDAH. Tanpa nama=nama yang telah disebut, seminarnya ini pasti tidak akan berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Beberapa hari sebelum tarikh bermulanya seminar tersebut, saya secara rasminya telah mendaftar dan diterima sebagai ahli persatuan penulis-penulis Labuan yang lebih dikenali sebagai PERWILA. Sebuah persatuan yang telah lama wujud tapi aku je yang tak tau. Punyalah hampeh aku ni! Secara peribadinya aku sangat menyanjungi perjuangan persatuan ini. Semangat ahli2nya tidak pernah luntur. Aku harap, aku dapat bergerak seiring dengan mereka semua hingga ke akhirnya. Jadi di sini dengan penuh berbesar hati, aku ingin berkongsi pengalaman-pengalaman aku bersama beberapa orang ahli PERWILA iaitu PUAN NORGADIS(nama pena), Cik Rafidah, Hajah, Tuan Haji Osman(orang yang paling banyak memberikan bantuan kepada ku di sepanjang seminar) dan juga Tuan Suili yang juga dikenali sebagai ANS(Anak Negeri Sarawak) seorang penulis puisi yang sarat dengan ilham. Insya'Allah aku akan menceritakan pengalaman itu dari sekolah ke sekolah. Kepada yang mungkin sedang mengikuti cerita Diari Seorang Gua tu, jangan risau, cerita itu tetap akan bersambung ok?
Tapi sebelum itu, biarlah aku terangkan seminar apa ke jadahnya yang aku dah buat tu? Ramai sudah rakan2 di Labuan yang bertanyakan soalan tu. Termasuklah rakan2 di semenanjung dan Sabah. Sebenarnya seminar yang aku buat itu adalah sebuah seminar berbentuk motivasi tentang bagaimana hendak menjadi penulis yang bukan saja berjaya dan kreatif, tetapi juga bermoral dan baik hati hehehehe...Panjang untuk aku terangkan secara lengkap di ruangan ini. Aku rasa cukuplah setakat di situ. Di dalam seminar ini aku akan membentangkan tentang mengapa sebenarnya kita hendak menjadi penulis? Adakah kerana hobi? Kerana wang? Atau kerana populariti? Atau mungkin juga kerana ingin memperjuangkan bahasa? Selain dari itu, aku selitkan sedikit nasihat, ceramah agama ehem-ehem jap nak pakai kopiah jap, dan juga kisah pengalaman manis pahit aku sebelum dan selepas menjadi penulis yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan kepada para pelajar yang hadir.
Jadi aku harap penerangan ringkas aku tu serba sedikit menjawap persoalan rakan2 semua ya..Jadi tolong jangan tanya aku lagi "Ko buat seminar apa ke jadah kat sekolah tu semua?"...

Diari seorang Gua...Hari ke-6

11 September 2010, jam 12.46 pagi...Nota Kepala: Dunia ini memang kecil....



- Hari kedua raya tahun nie adalah hari yang paling membawa satu catitan sejarah dalam hidup gua!!
- Macam biasa kalau raya, mak ayah gua mesti suruh bangun awal. Lepas tu kami sekeluarga akan beraya ke rumah saki-baki sedara mara tak sempat dikunjungi pada hari raya pertama. Tapi semuanya berubah ketika rembulan menjelma bersama malam. Ayah cakap nak beraya ke rumah kawan baik dia. Gua memula dah cakap kat ayah yang gua dah tak larat. Tapi mak pantas menggunakan kuasa vetonya bagi memastikan niat gua untuk tidak turut serta, segera gua batalkan.
- Seperti tawanan perang yang sering dipaksa, gua ikutlah jugak ke rumah kawan ayah tu. Sakit hati, geram, dan tak puas hati gua pantas menghilang bila anak kawan baik ayah tu datang menghidang air. Sungguh gua tak sangka yang dia anak kepada kawan baik ayah gua.
- Dia melemparkan senyuman ramah kepada gua. Sedang gua masih terlopong tak percaya. Kami berdua banyak bertukar pandangan dan senyuman saja sepanjang pertamuan kami sekeluarga di situ. Gua nak borak dengan dia memang tak mengena tempat gua rasakan. Namun terubat jugak rasa rindu di hati nie bila tengok muka ayu dia.
- Emak dan emak dia rancak berbual sesama sendiri. Makin lama, semakin rapat mereka berdua. Ada can bak kata Haji Bakhil. Emak sempat jugak memuji kecantikkan dia. Tersipu malu dia mendengarnya. Sedang gua dalam hati sangat mengiakan kata2 emak.
- "Namanya siapa?" emak bertanya kepada si dia. Soalan yang tak pernah gua terfikir nak tanya si dia.
- "Nur Hidayatul mak cik," jawap si dia dengan penuh sopan santun. Suaranya sungguh lunak pada pendengaran ku.
- "Cantiknya nama...macam orang dia," emak gua memuji lagi. Nur Hidayatul hanya tersenyum malu.
- Akan tetapi ayat emak yang seterusnya sedikit mengecewakan gua. Semua bila emak tahu yang Nur Hidayatul berkelulusan tinggi. Sampai belajar kat luar negara.
- "Bertuah kamu Jenab. Anak dah la cantik, tinggi sekolah pulak. Bukan macam aku ni hah. Takat boleh membaca dan mengira saja," sungguh pedas emak menghina gua, anaknya sendiri di depan semua orang. Ikutkan hati, nak aje gua hentak kepala kat dinding sebagai tanda malu. Mujur masih ada kewarasan di dalam kepala otak gua masa tu.
- Emak gua memang macam tu perangai dia. Paling susah nak memuji anak sendiri depan orang. Alasan dia, tak elok puji-puji anak sendiri. Nanti anak kita tak pergi ke mana. Kalau iya pun mak, agak-agak la sikit. Macam ni anak emak ni tak ada mata pelajaran yang gagal masa SPM tau!
- Sudahnya gua pulang ke rumah dengan rasa gembira, bahagia dan sedih serta malu! Emak kejam! Kejam! Huhuhuhu....

Diari seorang Gua...Hari ke-5

10 September 2010, jam 1.15 pagi...Nota Kepala: Gile penat!!
- Akhirnya, raya menjelang lagi. Dah la semalam tidur lambat gile sebab dodol durjana tu. Pepagi buta lak kena bangun dan bersiap nak gi sembahyang raya. Adik gua yang paling bongsu tu je yang semangat lebih. Yela, dia kecik lagi. Jadi semalam tak banyak kerja. Banyak bermain je dengan kawan2 sebaya dia. Kalau tak silap gua la, umur adik gua tu baru enam tahun kot. Entah la, gua memang susah nak ingat tarikh lahir ke, harijadi ke, harijadi gua pun kekadang gua bleh lupa bila. Bleh?
- Di hari raya pertama nie takde apa yang special la. Macam raya-raya lepas gak. Lepas sembahyang, gi mintak ampun dan maaf kat emak dan ayah. Lepas tu gi beraya kat rumah jiran dan sedara. Rumah member gua belum gi lagi. Kita orang semua rancang nak gerak secara konvoi raya kelima nanti.
-Dah la siangnya penat gi beraya dari rumah ke rumah. Malamnya giliran kami pulak menerima tetamu. Mak datuk, penat gile gua basuh pinggan. Nasib baik la ada adik gua seorang tu. Kalau tak dulu, gua basuh seorang2 la jawabnya. Kalau mak tak sibuk, mak yang tolong. Tapi biasanya gua seorang.
-Ok la. Mata gua dah berat gile dah ni. Esok nak kena bangun awal lagi. Boleh pengsan gua kalau seminggu macam ni.

Diari seorang Gua...Hari ke-4

9 September 2010, jam 1.05 petang...Nota Kepala: Letihnya!!! Sekejap lagi, nak pergi cari buluh kat hutan pulak! Jangan terjumpa harimau sudah!




- Semalam, pak cik tua yang memegang mohor2 di raja sekali lagi menjadi antara orang yang paling terkenal di Malaysia. Semua orang ternanti2 akan apa yang bakal pak cik tu sampaikan. Padahal simple je apa yang dia nak sampaikan tu. Tarikh bila nak raya. Tahun ni raya jatuh pada 10 September 2010, bersamaan lusa! Mana taknya semalam, satu kampung sibuk nak buat persiapan last kopek punya. Termasuklah keluarga gua. Lepas je gua habis tulis tragedi hati terguris gua tu, ayah dan mak bersama dua adik gua dah sibuk2 membincangkan tentang pembahagian tugasan. Dan macam biasa. Gua mesti kena yang paling extreme punya. Tak lain tak bukan, cari buluh nak buat lemang kat hutan. Tapi tahun ni memandangkan adik pertama gua sudah pun belajar di tingkatan tiga, maka dia sudah pun layak secara automatiknya untuk menjadi kadam gua dalam misi mencari buluh.


- Kami sekeluarga dan jiran2 yang lain, sibuk sakan menghias rumah, dan membersihkan laman, serta memasang lampu pelita sesambil bermain mercun dan bunga api. Sempat jugak ayah gua sound gua sebab lebih banyak meluangkan masa bermain mercun dan bunga api bersama kanak-kanak yang sedang riang. Sedangkan gua sudah berusia 25 tahun. Ala...setahun sekali nak merasa muda balik tak salah kot.


- Jadi itulah ceritanya semalam, yang gua tak sempat nak catat. Sekejap lagi, gua dan adik gua menyandang kadam gua, akan bergerak meneroka hutan belantara bagi mencari buluh yang sesuai untuk dibuat lemang. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.


Hari yang sama, jam 1.02 pagi...Nota Kepala: Mengapakah dodol tercipta di dunia ini?!!!!


- Petang tadi, seperti dirancang dan diwartakan, gua dan adik gua pergi masuk ke dalam hutan untuk mencari buluh. Dengan hanya berbekalkan parang dan berkasut getah, kami dua beradik meredah semak samun yang agak tebal sebelum tiba di kawasan yang sedikit pendek rumput dan semaknya. Nasib kami agak baik. Belum pun kami jauh, sudah terpampang indah pokok buluh yang banyak. Tak tunggu lama la gua. Hampir habis pokok buluh tu kami tebang.
-Kepulangan kami disambut gembira oleh emak dan ayah. Pertama kali ayah puji gua. "Macam ni la. Baru anak ayah. Pandai mencari buluh. Kamu kena ingat, kita ni keturunan pemburu. Kalau takat cari buluh ni, takda hal la!" Gua sendiri tak tau tu kategori puji ke apa.
-Malamnya tu, tak payah nak cerita la. Memang banyak gila kerja. Dari tolong ayah sembelih ayam, potong daging, tolong emak potong bawang putih, bawang merah, kentang. Maklum la kami adik beradik semua lelaki. Jadi memang dari kecik, gua la insan yang selalu tolong mak di dapur. Sampai2 gua pun dah pandai masak. Tapi mana orang nak percaya kalau gua cakap. Dorang nak tunggu gua jadi lembut dulu kot, baru teserlah.
- Dah sudah tolong mak di dapur. Tolong ayah buat kerja2 lelaki lak. Tolong sediakan kayu api nak buat masak ketupat la, rendang la, lemang la, dan yang paling gua paling menyampah sekali, dodol. Tangan dengan pinggang gua nie tercabut je tak. Nie pun gua rehat jap. Suruh adik gua kacau. Giliran dorang.
-Tapi sebenarnya, jauh di lubuk hati gua nie, teringat kat si dia. Apa la dia tengah buat sekarang nie agaknya? Takkan la kacau dodol macam gua gak kan? Gua nie memang tak sedar diri. Dia tu doktor. Yang gua nie, budak kampung je. Kerja tetap gua pun tu hah, jaga ayam ayah. Memang tak dan la gua nak jadi orang yang akan bertahta di hati dia. Entah2 dia dah ada yang punya. Mesti pakwe dia tu jauh lebih kaya dan hensem dari gua. Takpe, tak salah kot, kalau gua teringatkan dia di malam raya nie.




Diari Seorang Gua...Hari Ke-3

8 September 2010, jam 9.15 malam...Nota Kepala: Dunia ini memang sederhana kecil bak kata Baharuddin Bekri salah seorang dari penulis PTS...






- Awal pagi lagi, ayah gua dah suruh mak gua meragut lena tidur gua, dengan cara ala-ala askarnya. Di mana mak tidak perlu menggoncang tubuh gua. Dia hanya perlu menjerit pada not suara yang hampir sama seperti Mus May dan tinggi sedikit dari Faizal Tahir.



- "Bangun cepat! Ayah kamu suruh pergi klinik haiwan beli ubat sama vitamin ayam!" Itulah ayat yang berkumandang di corong telingan gua di pagi hari. Gelombang suara mak gua tu mampu menggegarkan satu kerajaan jika ada alat pembesar suara besar gajah. Itu pun kalau pembesar suara tu mampu untuk menangani gelombang suara mak.



- Dipendekkan cerita, lepas tu gua pun bangun, mandi, dan bersarapan pagi. EH?! Lupa pulak puasa. Bersarapan itu hanyalah niat di hati. Ianya belum berani gua lakukan secara nyata kerana ianya sama seperti menggali kubur sendiri. Pasti saja mak dan ayah akan berganding bahu bersama menamatkan riwayat gua yang secara terbukanya menunjukkan lagak tidak berpuasa di hadapan mereka.




- Hah! Dah nak masuk part klimaks dah ni. Jadi lepas tu, gua pun pergi la ke klinik yang terletak agak jauh di hujung kampung. Sebenarnya tak ada la jauh mana pun kalau nak kereta atau motor. Tapi kalau jalan kaki, memang jauh! Kena2 lagi bulan puasa macam ni kan? Mujur gua mempunyai sebuah motorsikal yang gua namakan SI HITAM. Ini kerana warnanya yang hampir semuanya hitam. Warna kegemaran gua.




- "Er...Salam. Saya datang nak beli ubat dan vitamin untuk ayam-ayam ayah saya," kata gua kepada seorang awek yang bertugas di kaunter.




- "Nama," tanya awek jaga kaunter tu pada gua dengan wajah serius. Apa la. Kerja nak kat bahagian melayan pelanggan, tapi muka masam macam asam kecut mak Joyah kat pasar tu.




- "Jaguh, Jalak, Jaki, Jipang, er...Noni, Maya, ah yang last yang baru bertelur tu, si Piah. Yang lain tu saya tak ingatlah. Banyak sangat. Belum masuk yang anak-anak dia lagi," jawap gua juga dengan muka masam macam asam kerut. Saja je nak perli awek tu.




- Awek tu pandang gua. Muka dia memang tak perasaan punya orang! Gua pun apa lagi. Balas la pandangannya dia. "Cepat sangat ke? Nak aku ulang?" Gua dah start menukar kata ganti nama yang agak kureng hajar sikit. Nasib baik gua tak guna gua je.




- "Maksud saya nama awak, bukan nama ayam-ayam awak. Lain la kalau awak ni pun kategori ayam jugak!" Cipan punya awek. Dia bagi baek kat gua. Nasib baik awek. Kalau tak, dah lama gua heret kat jalan raya dengan motor gua.




- "Cakap la nama aku. Kalau aku ni ayam, dah lama kau demam kat dalam kaunter tu! Nama aku Iksan," jawab gua.




- Lepas je bayar dan ambil ubat dan vitamin untuk ayam ayah gua, gua telah mengorak langkah blah dari klinik tu. Menyampah tengok muka awek kaunter tu. Harap muka je lawa, tapi masam macam asam kecut! Mulai hari ni gua gelar dia awek asam kecut! Biar padan muka dia!




- Namun semuanya berubah sebaik gua berpusing menghadap pintu masuk dan keluar klinik. Tiba-tiba saja kelihatan si dia melangkah masuk ke dalam klinik. Seperti biasa, dia mengenakan tudung dan jubah yang serasi warnanya. Serba hijau kali ini. Dia begitu cantik dan anggun tanpa mendedahkan kulit dan bentuk tubuhnya. Sungguh mengikut syariat Islam. Memang susah nak cari awek lawa macam dia ni. Biasanya makin lawa makin menunjuk la mereka,




- "Eh?!" Dia sedikit terkejut melihat kehadiran gua di situ. Gua pun terkejut la jugak.




- "Tak sangka kita jumpa lagi di sini," ujar gua sambil tersenyum. Macam biasa, itulah senyuman yang paling macho pernah gua tunjukkan kepada mana-mana gadis. Tidak termasuk si awek asam kecut tu!




- "Ada haiwan awak yang sakit ke?" tanya dia pada gua dengan penuh ramah sekali.




- "Tak. Ayah suruh beli ubat dan vitamin untuk ayam-ayam kami," jawab ku seramah dan semacho yang boleh.




-"Awak? Ada haiwan yang sakit ke?" gua mengulang pakai soalan dia tadi.




- "Saya doktor di sini." Dia tersenyum. Sejurus selepas itu jantung gua seperti dipanah oleh halilintar. Tak sangka dia itu adalah seorang doktor. Gua dapat rasakan taman yang dihiasi pelbagai jenis bunga di hati gua, dilanda musim kemarau yang paling kontang. Habis semua bunga layu dan mati bersama harapan gua nak memikat dia.




-Amat jauh taraf kami berdua. Bagaikan langit dengan bumi. Bagaikan motor aku si Hitam tu dengan Ferarri.




- Lidah gua jadi kelu seribu bahasa selepas itu. Gua tak tau nak cakap apa lagi. Malu dengan diri sendiri, gua terus memberi salam dan blah macam tu je. Membiarkan si dia terpinga-pinga sendiri.




- Sepanjang perjalanan pulang. Gua menyanyikan lagu-lagu cinta yang bertemakan kekecewaan dan juga konflik dua darjat. Gua mempersembahkan lagu-lagu tersebut dengan penuh perasaan sehingga ada beberapa kali juga gua nyaris terlanggar pokok, ayam dan kambing orang.

Diari seorang Gua...Hari kedua

7 September 2010, Jam 10.20 pagi...Nota Kepala: Mak!!! Kita nak gi baazar! Cepatlah suruh!


- Hari ni gua bangun awal. Mungkin sebab rasa tak sabar nak ke baazar lagi. Sesambil memasang angan akan berjumpa dengan si dia lagi sekali di kedai mak cik murtabak. Aduh! Lambatnya nak petang...


Hari yang sama, Jam 11.32 malam...Nota Kepala: Kecewa! Si dia tak ada di baazar hari nie...


- Gua sebenarnya malas nak menulis hari nie. Tapi sebab tak tau kepada siapa gua nak meluahkan rasa kecewa gua nie, gua menulis. Dari awal pagi dengan penuh bersemangat gua menunggu tibanya masa untuk ke baazar. Dengan penuh dedikasi dan bersemangat wajar gua mengorak langkah ke sana bila petang sudah menjelma. Gerai pertama yang bertapak di minda gua ialah gerai mak cik murtabak tu. Nak dekat satu jam gua melepak kat baazar tu. Gua pastikan jarak tapak melepak gua itu tidak terlalu jauh dengan di mana gerai mak cik murtabak itu terbina. Kalau ikutkan hati, mau gua tunggu sampai habis waktu berbuka kat sana. Tapi kerana gua takut akan dilempang oleh mak gua dan kemungkinan besar akan dikejar dengan parang oleh ayah gua, gua membatalkan niat gua itu.

- Bertemankan rasa kecewa di hati, gua mengagahkan diri untuk terus melangkah pergi dari baazar yang telah menjadi tempat di mana bermulanya titik perkenalan gua dengan si dia. Nak lagi tension, masa berbuka tadi, ayah menyuruh aku pergi membeli ubat dan vitamin untuk ayam-ayam dia. Last kopek sebelum raya katanya. Maklumlah, raya lagi dua tiga hari. Sempat jugak ayah menembak ayat pedas barang sedas dua tepat ke lubang telinga gua. Bising dia sebab gua tak pernah pergi ke klinik haiwan tu seumur hidup gua.

- Harap-harap esok gua dapat jumpa dengan si dia lagi di baazar. Kalau tak memang kecewa menonggeng la gua lagi...

Diari seorang Gua...hari pertama

6 September 2010, jam 3.36 petang...Nota kepala : Gua lapar tahap nak makan selipar!!!!



- Hari nie gua lapar lagi. Perut gua menderita bagaikan dihiris sembilu. Walaupun gua sebenarnya tak tau pun apa maksud sembilu tu. Standard la gua BM tak berapa nak umpph kata orang. So so je...Ok berbalik kepada lapar tadi. Serius, walaupun ramadhan dah nak habis, tapi lapar perut gua ni still sama macam puasa pertama hari tu. Nak tido, tak dapat. Nak mandi, takut terminum air 4 ke 5 gayung. Nak memancing dengan member sekampung, takut lepas dapat ikan gua terus panggang dan berbuka mengikut jam bukan Malaysia di mana lebih awal dari yang sepatutnya. Arghhhh!!!! Lambatnya lagi nak berbuka!!!!


Masih hari yang sama, jam 4.45 petang...Nota kepala : Gua sedang merenung selipar...


- Gua masih lapar. Sehingga gua nyaris mengunyah selipar jepun milik gua sendiri di depan rumah. Mujur masih ada kewarasan yang bertahta di kepala hotak gua ni...


Masih hari yang sama, jam 9 malam...Nota kepala : Gua dah kenyang dan bahagia. Sebab gua jumpa seorang bidadari di baazar ramadhan...


- Syukur kepada Allah kerana telah menghantarkan malaikat yang berhati kering untuk mengelakkan gua dari mengunyah selipar dan membantutkan niat hati gua yang nak tangkap salah satu ayam bapak gua dan panggang di dalam hutan. Sedang gua meratapi kegagalan gua membuat semua yang disebut di atas, emak gua dengan penuh diktaktornya mengarahkan gua pergi ke baazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Dengan hanya bermodalkan 10 ringgit, gua mengorak langkah yang penuh malas ke baazar tu. Kalau ikutkan hati bukan takat malas nak melangkah. Nak membayangkan diri gua ke sana pun dah cukup meletihkan minda gua.

- Tapi rahmat dan hikmah berpuasa di bulan ramadhan bak kata orang, gua telah bertemu dengan seorang bidadari di baazar yang penuh sesak dengan manusia yang rata-ratanya rakus membeli juadah. Di satu sudut yang tak jauh dari side pandangan gua. Dia berdiri di situ dengan senyuman mesranya kepada mak cik yang menjual murtabak. Itulah senyuman yang paling indah pernah gua tengok. Mau gua cair tahap mendidih. Dengan penuh keyakinan gua berasak ke gerai murtabak di mana dia masih berdiri menanti pesanannya siap.

- "Assalamualaikum mak cik, bagi satu dua keping murtabak daging," dengan penuh kepura-puraan gua membuat pesanan yang sebegitu sopan satun sekali. Maklum la, gua tengok si dia tu pakai tudung siap dengan jubah lagi. Mesti la gua kena menunjukkan tauladan yang baik kan? Kan?

- Sambil2 menunggu murtabak kami siap. Gua sempat memberanikan diri untuk memandang dia dengan senyuman paling macho pernah gua pamerkan kepada mana-mana gadis. Jantung ku hampir terhenti berdenyut bila dia memandang ku sambil tersenyum kembali. Segala lapar dan penat lelah ku ke baazar tu segera menghilang pada kelajuan cahaya.

- "Beli murtabak ke?" tegur gua. Satu soalan yang bijak sekali. Mujur dia tidak membalas dengan menyatakan dia sedang membeli tayar basikal. Dia sekadar mengangguk. Namun senyumannya masih belum lekang di bibir mungilnya.

- "Selalu ke beli murtabak di sini?" gua meneruskan usaha mengayat gua.

- "Baru 3 kali." Akhirnya dia menjawap. Ternyata suaranya sama indah dan cantik seperti jasmaninya. Eh?! Betul ke ayat gua tu? Lantak la.

- "Awak?" Dia menanya kembali. Pada saat itu bukan lagi sekumtum bunga mekar di hati gua. Tapi setaman! Tak sangka ada respon baik.

- "Saya pun baru 3 kali," Gua dapat rasakan mak cik menjual murtabak itu menjeling gua curiga. Sebenarnya gua tak pernah singgah pun gerai dia. Ini pun sebab nak mengayat. Kalau tak memang gua beli karipap. ABC dengan kuih popia serta cucur udang je la jawapnya.

- Dia sekadar tersenyum selepas itu. Dan tidak lama kemudian, pesanan kami siap. Memutuskan peluang gua untuk terus berbual dengan dia. Hek eleh! Cepat la pulak siap pesanan tu! Tapi aku masih boleh pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira dan perut yang sudah tidak lapar lagi.
-Yang pasti esok mak sudah tak perlu menggunakan kuasa ditaktornya lagi. Gua akan ke baazar dengan penuh rela hati.

CARTA 10 : Korang memang berani kalau...

Ya! Salam puasa buat semua. Hari ni aku nak mengarut lagi bersama korang semua. Mari kita lihat kali ini CARTA 10. Satu topik yang berjudul KORANG MEMANG BERANI KALAU,,,,



10. MEMBUKA GERAI MAKAN SEAWAL JAM LAPAN PAGI DI BULAN RAMADHAN...

- Korang memberani kalau, bila mana malam tu dah diumumkan esok puasa, korang dengan penuh selamba dek buka gerai korang di awal pagi tanpa rasa bersalah atau takut ditangkap oleh pihak berkuasa. Sudahlah macam tu, gerai korang tu pulak terletak di kampung yang memang sah2 semuanya Islam. Memang berani!



9. DENGAN SELAMBA DUDUK BERBORAK DI GERAI YANG DIBUKA PADA SIANG HARI...

- Korang memang berani kalau, dengan penuh selamba dan keyakinan korang memberikan sokongan mantap kepada penggerai2 yang nekad membuka di siang hari. Siap duduk borak2 sambil minum2 kopi seraya bermain dam aji atau pun mengumpat. Memang sempoi!



8. SINGGAH MEMBELI NOMBOR EKOR SEBELUM KE MASJID UNTUK BERBUKA...

- Korang memang berani kalau, dengan baju2 melayunya korang pergi ke kedai TOTO yang berdekatan dan singgah sebentar membeli nombor yang dirasakan bakal tercatat sebagai pemenang first prize, lepas tu dengan penuh keyakinan berangkat ke masjid untuk turut sama berbuka puasa dengan jemaah yang lain.



7. BERMAIN JUDI BERSAMA RAKAN DAN TAULAN SAMBIL MENUNGGU WAKTU BERBUKA...

- Korang memang berani kalau, dengan penuh muafakatnya korang dan rakan taulan bermain judi sesambil menunggu waktu berbuka. Lepas tu boleh pulak cakap, "Ala aku main judi je pun! Bukannya makan dan minum di bulan puasa! Kau ni tak pegi sekolah agama ke?" Memang sah jahil sombong!



6. MENCURI AYAM ORANG UNTUK JUADAH BERBUKA PUASA...

- Korang memang berani kalau, dengan penuh selamba korang pegi curi ayam orang dengan bantuan jitu dari rakan sebaya dan kemudian bagi kat emak korang dan cakap..."Alhamdulillah mak. Ada la rezeki sikit hari ni. Bolehlah kita semua merasa ayam kari untuk berbuka nanti." Lalu si emak merasa terharu kerana ayat baik si anak itu. Sedangkan si emak tak tau dari mana korang dapat ayam tu. Memang korang jadah haram!



5. MENJEMPUT KELUARGA TUNANG ANDA MAKAN TENGAH HARI DI BULAN RAMADHAN...

- Korang memang berani kalau, konon nak tunjuk baik dan kaya kat bakal pak dan mak mertua. Sopan santun cakap.."Mak cik...Pak cik...jangan lupa tau datang ke rumah. Saya dah suruh orang gaji saya masak lauk kegemarang mak cik dan pak cik."



4. MENJADIKAN ARAK SEBAGAI ANTARA JUADAH BERBUKA...

- Ini bukan berani. Ini ahli neraka jahnam nama! Huh! Malas aku nak huraikan!



3. er.....

2. Ekkkk....

1. Zzzzzzzzzzzzz........

PERKARA2 YANG TIDAK SEHARUSNYA KITA LAKUKAN KETIKA RAMADHAN

Salam buat semua rakan dan taulan. Selamat berpuasa semua. Kepada yang tidak boleh berpuasa, selamat menghormati orang yang berpuasa. Kepada yang saje2 je buat2 tak leh nak puasa, selamat bertaubat. Kepada yang ponteng puasa, selamat jalan...
Pada entri kali ini aku saja2 la nak berkongsi sedikit info kepada korang semua, sesambil aku cuba nak menghiburkan korang semua di bulan ramadhan ni kan. Boleh? Ala boleh la....Hehehehe...
Baiklah! Tanpa membuang masa lagi mari kita ke carta PERKARA2 YANG TIDAK SEHARUSNYA KITA LAKUKAN KETIKA RAMADHAN....
10. Buat-buat lupa tarikh, bulan dan tahun
- Ini adalah antara taktik untuk ponteng puasa yang amat lopek sekali. Silap hari bulan boleh kena kubur dengan mak sendiri.
9. Buat-buat termakan di kedai makan
- Yang ni lagi cantik. Dah la buat-buat termakan, di kedai makan pulak tu. Memang nak kena tapak muka orang yang buat macam ni.
8. Mengaku uzur sebulan
- Dalam kes yang ini, biasanya perempuan la kan. Kalau lelaki memang nak kena humban ke neraka jahnam la jawapnya.
7. Mengaku menghidap penyakit gastrik yang kronik
- Kebiasaannya si pelaku akan mengaku menghidap penyakit gastrik yang kronik di mana dia boleh maut sekiranya berpuasa. Sedangkan semuanya itu adalah alasan semata2. Haa..orang macam ni banyak campak kat kandang buaya je senang cerita.
6. Menghidu stoking tak basuh member hingga termuntah hijau
- Sanggup tu hidu stoking member yang memang terkenal dengan kaki busuk tahap najis berat hingga termuntah hijau. Lepas tu dan2 la cakap "Alamak?! Aku termuntah tadi. Dah batal puasa aku. Terpaksa la aku makan mee goreng yang aku beli tadi. Ingat nak simpan untuk berbuka." Sedangkan waktu baru pukul 11 pagi. Sungguh haram jadah perangai ini.
5. Merokok
- Dah tu bleh lak cakap.."Ala aku merokok di bulan puasa je. Bukannya makan dan minum di bulan puasa. Lagipun merokok ni makruhkan puasa je." Mana dia dapat info sesat tu pun tak tau la.
4. Tido dari sahur sampai lagi seminit nak berbuka
- Yang ni, baik mati je terus. Kalau ada member2 ke, sedara ke, adik beradik ke, yang tido sampai tahap macam ni, bacakan Yassin je sepanjang dia tido tu. Nak lagi cantik ajak satu kampung datang memeriahkan majils.
3. Melihat video2 tak senonoh untuk menghilangkan rasa lapar di perut
- Kalau ada orang yang buat macam ni, cucuk je mate dia dengan garpu. Hampeh punya perangai!
2. Mengaku diri bukan melayu bila kantoi tak puasa
- Muka tengok dari jarak 200 meter pun dah bleh tau dia tu melayu, masih bleh lak nak mengaku yang dia tu orang euro la, amerika la, Brazil la, pastu speaking entah apa2. Orang macam ni baik hantar gi Israel je. Geng dengan orang Yahudi tu semua.
1. Tak puasa
- Yang ni aku malas nak ulas la. Tapi yang ni yang banyak diamalkan.

Ramadhan Datang Lagi....

Salam buat semua rakan dan taulan yang baik hati...Maaf kerana sudah membiarkan blog ini bersawang lagi. Tiada alasan yang pasti dapat ku gunakan untuk menutup kesalahan itu. Hanya ucapan maaf.


Sedar tidak sedar, bulan suci telah kembali lagi. Membawa sejuta rahmat dari Allah S.W.T. Bulan di mana tiada lagi godaan dari sang iblis dan syaitan yang menyesatkan. Namun begitu masih ada juga amalan yang makhluk ini hasutkan kepada kita, yang dilaksanakan di bulan suci ini. Contoh?? Tidak perlulah rasanya. Kerana diri ini juga tidak sempurna. Masih manusia biasa, bukan malaikat.


Nak cerita pasal bulan ramadhan nie, memang banyak kenangan manis dan masam serta pahit yang mula bermain di fikiran ku. Rasa rindu kampung halaman mula datang berjengket2 dengan niat ingin mengusik hati kecil ku. Kecil ke??? Sehingga hati itu lalok dengan rasa rindu itu.


Namun rasa rindu itu pasti tidak akan lama di hati ku. Kerana kampung halaman sudah tidak menjadi tempat permainan yang seronok lagi. Semua kerana usia ku yang semakin bertambah nilainya. Tidak pernah akan susut walau bagaimana pun. Sekiranya usia ini boleh dimasukkan ke dalam saham papan pertama, pastinya aku sudah kaya-raya kerana saham itu pasti tidak akan pernah jatuh hatta satu mata kecil.


Aku masih ingat lagi masa aku masih bergelar pelajar menengah rendah. Masa tu arwah atuk masih bernafas. Sepupu semua pun masih sekolah menengah macam aku jugak, memang seronok habislah masa tu. Banyak aktiviti tak berfaedah yang kami lakukan untuk mengisi bulan ramadhan kami. Ayuh kita ke senarai yang aku gelar sebagai....


AKTIVITI TAK BERFAEDAH AKU DAN SEPUPU SERTA RAKAN SEKAMPUNG DI BULAN RAMADHAN...


1. Melastik anjing pak cik mak cik cina

- Ini bolehlah dikira sebagai aktiviti pemanasan badan kami bersepupu dan kawan sekampung. Di dalam aktiviti ini kami biasanya akan membahagikan jumlah kami kepada tiga kumpulan yang terdiri pelbagai nama yang ganas seperti Geng Tengkorak Berduri. Bahan untuk aktiviti ini adalah lastik kayu dan batu-batu kecil tapi keras. Target yang membolehkan anda mendapat pujian tertinggi ialah bila mana anda mampu untuk membunuh anjing yang diburu. Secara jujurnya rekod tertinggi aku adalah membutakan satu mata anjing polis.


2. Mengganggu anak dara orang

- Yang ini pulak memang paling banyak kami amalkan. Sebelum melakukan aktiviti ini kami akan memastikan penampilan kami berada dalam tahap yang sekurang-kurangnya agak maksimum kacaknya. Aktiviti ini mudah. Kami hanya perlu melepak di jalan utama ke kedai runcit utama di kampung kami, dan menunggu anak gadis yang disuruh membeli barangan runcit oleh mak dorang untuk masak berbuka. Perbagai skill mengorat boleh digunakan dalam aktiviti ini ye.
3. Campak mercun kat bebudak kecik yang main pondok2
- Aktiviti adalah yang paling menghiburkan terutama sekali bila melihat riak wajah bebudak kecil itu yang terkejut beruk sampai ada yang menangis. Namun dalam aktiviti ini kami perlu memastikan identiti kami tidak dikenali oleh mangsa bagi mengelakkan dilempang oleh bapak dorang.
4. Merempit keliling kampung
- Aku pernah nyaris digilis lori bawak buah kelapa sawit kerana aktiviti lasak dan tak bermoral ini.
5. Sahur kat bandar beramai-ramai di bandar
- Bila dilihat pada tajuknya, aktiviti ini nampak seperti sangat berfaedah kerana ianya adalah antara amalan yang diharuskan untuk orang2 yang berpuasa. Tetapi apa yang membuatkan ia tersenarai dalam list adalah kerana kami ke sahur di bandar dengan menaiki motor tanpa lesen beramai-ramai. Baguskan???
6. Melepak di kedai arcade atau lebih dikenali sebagai kedai permainan video
- Yang lagilah tak berfaedah. Dah la gi menghabiskan duit di kedai cina tu, buat masa remaja aku lagi, sekali package tak pergi semayang tarawikh lagi. Apa nak jadilah dengan aku ni masa tu...Cewah!
7. Lawan bunyi meriam buluh sampai kena kejar polis
- Yang ni tak payah cakap la. Tapi apa yang istimewanya, arwah atuk aku juga terlibat dalam aktiviti ini, di mana beliau akan menjadi penyelamat kami bila mana pihak polis berjaya mengesan tapak meriam kami yang tidak jauh dari rumah kami sendiri. Bila polis tanya, arwah atuk akan jawap.."Budak-budak tu semua dalam lari ke kawasan kelapa sawit. Saya tak nampak sangat muka dorang maklumlah, dah tua," Atuk memang hebat!!!
8. Memancing sambil tunggu waktu berbuka
- Jangan disangka air yang tenang takde buayanya. Begitulah juga dengan tajuk aktiviti ini. Nampak seperti satu aktiviti yang melatih kami untuk bersabar sama seperti bersabar di bulan ramadhan. Namun apa yang menjadikan aktiviti ini menjadi tidak berfaedah adalah kerana ketidak sabaran kami menunggu waktu berbuka sehingga kami akhirnya kami sebulat suara membatalkan puasa kami di lubuk sungai yang tertutup dari pandangan manusia sedangkan Allah dan para malaikat nampak kami dengan jelas. Hadoi,,,janganlah anak aku buat macam ni...
9. Tido
- Bila semua aktiviti tidak berjalan dengan lancar, inilah aktiviti paling koman akan kami lakukan. Ruang tamu rumah akan menjadi seperti medan perang di mana badan bergelimpangan di sana sini. Hanya waktu berbuka saja yang dapat membangkitkan mereka.
Sedikit nasihat aku kepada adik2 di luar sana, janganlah melakukan aktiviti2 di atas kerana ianya hanya akan mengundang keseronokkan tanpa rahmat bulan suci. Sekian dahulu buat masa ini. Selamat Berpuasa Semua!!!!

Pencinta buku....


Assalamualaikum wbt kepada semua rakan2 yang baik hati yang masih lagi sudi bertandang ke blog aku yang selalu saja tidak berupdate ini. Ini kerana hari2 dalam hidup aku yang sudah semakin sibuk dan ada juga yang aku saja buat2 menyibukkan hari aku. Ahaks.


Seperti yang rakan2 semua tahu, novel dewasa pertama aku yang berjudul Syaakur Pejuang Dua Dunia telah pun diterbitkan pada 18 Jun yang lepas. Pertama kali bertemu pembacanya di Pesta Buku Selangor yang berlangsung di PKNS, Shah Alam. Aku sendiri sempat bertandang ke booth PTS meninjau2 reaksi para pencinta buku yang hadir. Aku mampu tersenyum sendiri bila melihat seorang aweks telah membeli novel aku walaupun kawan dia cakap.."Eh?! Awak, kenapa beli buku ni. Cerita fantasi ni mesti mengarut. Saya tak pernah minat nak baca buku2 macam ni!" Tak suke betul kawan awek tu kat novel aku hehehehe...Tapi semua itu tidak dapat mempengaruhi minda awek yang baik hati itu, dia tetap saja membeli novel ku. Kalau tidak memikirkan dia sedang bersama dengan rakan dan taulannya, mahu saja aku menegur awek itu dan mengucapkan bertapanya aku menghargai dia sudah membeli novel ku. Di dalam hati aku berkata "Alhamdulillah...sudah satu novel aku terjual. Walaupun satu tetapi sudah cukup untuk mengubat rasa penat dan lelah ku menulis sekian lama."


Beberapa minggu selepas itu, aku sekali lagi terkejut dan terharu bila sudah ada 6 orang yang baik telah mengomen novel ku di laman web rasmi PTS di http://www.pts.com.my/. Rata2 mereka memberikan galakkan dan respon yg positive. Namun ada seorang pengomen yang telah membuatkan air mata ku menitis. Aku menggelar beliau Tuan Web Sutera si Pencinta Buku yang sejati. Beliau telah mengulas hampir setiap butir di dalam novel aku.


Di dalam blog beliau, banyak lagi novel2 yang jauh lebih hebat dari novel ku yang masih mentah itu. Dari komen2 yang beliau berikan buat novel2 tersebut, jelas menunjukkan yang beliau sememangnya seorang Pencinta Buku Sejati yang seharusnya wujud dengan lebih ramai lagi. Ini kerana segala komen beliau memberikan sumbangan yang sangat besar buat dunia penulisan negara kita.


Bukan niat aku ingin membalas segala komen baik beliau buat novel ku, namun seikhlasnya aku memberitahu semua ini. Tanpa pencinta2 buku seperti beliau, dunia penulisan negara kita ini tidak akan semeriah dunia penulisan barat yang sememang ramai pencinta buku tegar. Malah ada yang sanggup bermalam di luar kedai buku hanya kerana mahu menjadi antara orang pertama yang membeli novel penulis kegemaran mereka. Cuba bayangkan bertapa tingginya semangat penulis dan pembaca sesebuah novel di barat itu. Mengapa tidak kita pula mengamalkannya?


Akhir kata dari saya, terima kasih kepada semua sudi membeli novel saya, Syaakur Pejuang Dua Dunia. Tanpa kalian, novel itu tidak akan menjadi istimewa dan bermanfaat kepada sesiapa...


Aduhai...cerita macam ni lagi!!!!

Salam buat semua rakan-rakan yang baik hati dan comel2 semua bak kata Cik Husna di blog beliau. Diharap kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Selepas membaca inti pati blog Cik Husna Adnan, diri ini terpanggil untuk menulis entri kali ini.

Sepanjang seminggu lepas, aku banyak menghabiskan masa hidup ku dengan menonton filem dan buku atau novel tempatan dan luar negara. Kerana perasaan bosan yang agak melampau, aku lalu cuba untuk menjadi seorang pengkaji yang tidak bertauliah. Aku cuba untuk merumuskan semua yang telah aku saksikan dengan biji mata ku. Dan aku mengeluarkan ayat ini.
"Aduhai...cerita macam ni lagi! Tengok tak sampai separuh dah boleh baca jalan ceritanya. Bosan betullah!" kata ku sendiri.
Aku sebenarnya seorang sangat tidak memilih dalam bab makanan dan pakaian. Akan tetapi aku sangat2 menjadi pemilih dalam bab filem dan buku atau novel yang bakal aku baca. Aku akan pastikan semuanya mempunyai kelainan hatta hanya 30% sekali pun. Aku paling kecewa bila aku melihat atau membaca sesuatu filem atau novel yang sama saja jalan ceritanya dengan kebanyakkan cerita yang lain. Ada sampai aku baru baca 20-30 page dah bleh agak apa ending dia.
Ramai member aku selalu komplen kenapa aku susah sangat nak tengok movie yang dorang semua nak dan suka tengok. Sebabnya mudah. Aku tidak mahu membuang duit dan masa aku menonton sesuatu yang sudah aku tonton suatu ketika dahulu. Contohnya macam wayang hantu melayu dan indonesia. Semuanya sama saja. Hanya mampu menjual elemen seram dan mengetepikan jalan cerita. Jalan cerita paling selalu diguna pakai, sekumpulan remaja pergi berkelah kat hutan then berlakulah kisah2 seram dan menakutkan. Kalau tak ending semua mati, ada seorang selamat. Habis unik pun salah seorang dari dorang tu rupanya pembunuh. BOSAN DAN MERUGIKAN!!!!
Sebab itulah aku menghasilkan INI BUKU SERAM!!! Maksud tersirat ku memilih tajuk itu adalah sebagai apa yang orang katakan sindiran buat pengkarya yang hanya mahu menjual elemen seram tanpa mempedulikan jalan cerita yang unik di mana ianya mampu untuk menceriakan lagi industri hiburan dunia kita.
Aku sengaja menggunakan beberapa babak cerita yang SANGAT SERING diguna pakai oleh pengkarya genre seram dan kemudiannya menghabiskan jalan cerita itu dengan sesuatu yang sukar dijangka. Kepada sesiapa yang sudah membaca buku ku itu, pasti mengerti akan apa yang aku sedang bebelkan ini.
Setiap bulan, berpusu-pusu filem baru dan novel baru mengasak masuk ke dalam industri hiburan kita. Namun untuk menyaksikan sesuatu yang baru dan unik, sangat2 sikit jumlahnya. Bukan nak kata diri aku hebat, tapi sekadar ingin meluahkan sesuatu yang sudah lama terbuku di hati ku. Sejak di bangku sekolah lagi kau...
Ada filem dan novel tu tajuk bukan main lagi. Ganas dan sangat menarik perhatian, tapi bila baca dan tonton, sama jugak jalan cerita dia macam filem dan novel aku pernah baca dulu. Aku tak tau korang semua la, tapi bagi aku ianya sama seperti pasir yang bakal menguburkan dunia industri hiburan kita. Di mana akhirnya kita hanya melihat dan terkagum dengan istana pasir. Bentuk cantik dan pelbagai tapi warnanya sama saja.
Ada satu hari tu aku tengah berdiri di depan tv kecik dalam cinema. Memilih filem apa yang hendak ditonton. Terdengar beberapa orang remaja sekolah menengah berbual memuji sebuah filem tempatan.
"Cerita ni seram betul! Meremang bulu roma tengok. Memang inilah wayang yang paling seram malaysia penah buat." Beria si remaja memuji. Tanpa berfikir semua rakan2nya membeli tiket untuk filem yang dia maksudkan.
Aku melirik tajuk filem yang dia puji gile2 tu. Membuatkan aku mengeluh panjang. SANTAU!!!!!
Kalau setakat wayang macam tu dia cakap unik dan paling hebat pernah dibuat...samalah dia seperti memuji sekeping roti canai dan mengatakan itulah hidangannya yang paling hebat pernah dibuat Malaysia. Kalau takat cerita orang kena santau dik...dah banyak orang buat dah dik oiiiii!!!!!!!
Setakat ini hanya beberapa buah karya tempatan yang mampu membuatkan aku tersenyum puas selepas menikmatinya. Huh?! Sungguh lain bunyi ayat itu?! Abaikan. Namun aku masih sedikit kecewa kerana masih terlalu sedikit dari negara kita. Mungkin kerana sekatan jalan cerita yang dikenakan oleh FINAS membataskan imiginasi pengkarya kita. Contohnya macam BOOK ELI. Filem itu sangat berbaloi dan unik. Tidak pernah kita terfikir apa akan jadi sekiranya hanya tinggal sebijik Al-Quran di dalam dunia ini dan ianya dipegang oleh seorang yang digerakkan hatinya untuk pergi ke satu tempat di mana dia boleh mengulang cetak naskah Al-Quran itu.(inilah adalah jalan cerita Book Eli cumanya aku tukarkan Bibble kepada Al-Quran supaya lebih sedap kita membincangkan tentang jalan ceritanya). Ending cerita itu juga sangat unik! Suka sangat tengok filem itu.
Aku rasa dah2 la aku membebel ni. Penat lak aku. Akhir kata dari aku, kepada semua rakan seperjuangan di dalam dunia hiburan dan penulisan, marilah kita semua mengkaji semua karya2 kita agar ianya lebih unik dan berbaloi kepada pembaca dan pembeli setia kalian semua. Kerana tanpa mereka, karya kita semua tidak akan jadi begitu istimewa...All da best for all of u guys!!!!

Syaakur - Pejuang Dua Dunia


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya novel pertama ku bersama PTS FORTUNA sudah selamat dicetak dan akan menemui pembaca pada 18 JUN 2010. Terima kasih kepada pihak PTS FORTUNA dan juga tuan editor yang sudah bertungkus-lumus membetulkan dan mempercantikkan karya aku. Hah...inilah karya yang aku cakap kalau korang baca mesti korang ingat bukan karya aku. Sebab aku buat serius punya karya. Tapi jangan risau dan kecewa, novel ini ada sambungannya, dan aku dah plan baek punya nak melawak sikit dalam episode kedua. Kepada semua pembaca buku aku bersama KARNADYA, aku harap korang sudi mendapatkan novel fantasi aku bersama PTS FORTUNA ini juga ye...hehehehe...aku harap karya aku kali ini mampu memberikan manfaat kepada pembaca. Untuk preview lengkap, silalah ke http://www.pts.com.my/ pergi ke ruangan senarai buku AKAN TERBIT. Salam buat semua....

IBS Ep.2 - Hantu Membawa Batu Nissan

Tora datang lagi!!! Hahahaha...Semoga terhibur dengan projek baru aku ni...

INI AUDIO SERAM - Ep.1 - Darakula



Terimalah sebuah projek hilang akal aku. Diharap semua terhibur. Kepada Alif, terimalah video pembalasan aku seperti yang aku janjikan. Nantikan episode yang mendatang. Aku cuba berikan yang terbaik kepada semua pengunjung dan pembaca setia ku. Kerana anda semua yang memberikan aku semangat untuk terus berjuang....

3 hantu silap mata!!!

Pada hari Ahad yang lepas, seperti yang dirancang pada hari2 sebelumnya, aku, Alif, Ismail dan dia yang tersayang telah berhimpun di awal pagi yang hening bagi melakukan shooting filem pendek terbaru Alif yang bertajuk 3 HANTU SILAP MATA!!! Memang penat dan panas ketika melakukan pengambarannya, tapi semua itu tidak terasa kerana kesengalan otak masing2 yang sudah terlebih masuk air. Hinggakan tidak mempedulikan persepsi orang lain di sekeliling. Insya'Allah filem ini akan ditayangkan pada bulan ogos ini di MASKARA SHORTIES yang berlangsung di rumah pena. Kepada Alif, kalau kau nak hantar filem kita tu ke pejabat Afdlin Shauki, ajak aku sekali. Aku nak bagi tandatangan aku kat dia hahahahaha....Sebab aku minat gile kat dia, walaupun dia tak pernah minat kat aku jauh sekali membaca buku ku...

Episode 5

Seksyen 23, Shah Alam, Selangor….

Amru berjalan keluar dari Pena Berbulu Senyum Publication dengan langkah yang agak malas dan longlai. Hari ini ketabahan dan semangatnya tercabar lagi. Hari ini juga telah melengkapkan lapan penerbit yang menolak hasil karyanya. Dia belum tahu hendak ke mana lagi selepas ini.
Hendak meneruskan pencariannya, terasa tidak punya kemahuan. Dia terus berjalan tanpa arah yang pasti. Hanya mengikuti saja tuju langkahnya. Fikirannya terasa buntu. Tiada rancangan yang terlintas di benaknya pada ketika itu.
“Hidup ini kadang-kadang pelik bukan? Ada kalanya terasa tidak adil,” seorang pengemis menegurnya ketika dia baru sahaja hendak melabuhkan punggungnya di kerusi sebuah pondok menunggu bas berdekatan. Walaupun sebenarnya bukan niat Amru menunggu bas.
Amru hanya memerhatikan pengemis itu dengan senyuman mesra. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Kawasan sekitar juga kelihatan agak lengang. Mungkin kerana waktu pada masa itu baru pukul 9.30 pagi. Pengemis itu lalu duduk di sebelah kanan Amru.
“Yelah! Orang yang ada semangat untuk mengubah hidup dia dengan bakat yang ada tetapi tidak tercapai akan hasratnya. Sedangkan ada penulis yang rasanya tidak layak untuk memegang gelarannya.” Kata-kata pengemis lelaki itu kini berjaya menarik perhatian Amru.
“Apa maksud pak cik,” soal Amru dengan penuh minat.
“Aku rasa kamu faham apa maksud aku. Kau mahu jadi seorang penulis bukan?” Pengemis tua itu menyoal Amru pula.
“Mana pak cik tahu?” Hairan Amru.
“Aku tahu la. Aku nampak kamu baru keluar dari bangunan itu!” Pengemis itu menudingkan jarinya ke arah Pena Berbulu Senyum Publication. Membuatkan Amru tersenyum sendiri.
“Boleh aku tahu kenapa kau mahu sangat jadi penulis hah? Apa niat sebenar kau? Duit? Nama? Atau perempuan?” Sekali lagi pak cik pengemis itu menanya Amru.
“Saya menulis bukan kerana semua itu pak cik. Kalau kerana duit mungkin tapi tidak sepenuhnya. Hanya untuk cukup menyara hidup saya, emak dan adik saya. Tujuan utama saya ingin menjadi penulis adalah kerana saya ingin berkongsi ilham saya pada semua orang dan menghiburkan mereka semua dengan cerita saya,” luah Amru pada pengemis tua itu dengan sejujurnya.
Pengemis tua itu lantas ketawa terbahak. Mengundang rasa kurang senang pada Amru yang berada di sebelahnya. Lalu pengemis itu bangun dari duduk dan berdiri di hadapan Amru. Dia masih ketawa sendiri.
“Kenapa pak cik gelakkan saya?”
“Kamu ini jujur sangat la! Kelakar aku dengar!” pengemis itu ketawa lagi.
“Salahkah saya punya cita-cita dan hasrat yang begitu?!” jerkah Amru. Jiwanya memberontak apabila pengemis tua itu seperti memperlekeh dan mengetawakan cita-cita dan impiannya itu.
Tawa pengemis itu padam setelah dia mendengar suara Amru yang keras itu. Wajah pengemis berubah serius dan pandangan matanya tajam. Amru mula merasa serba salah dengan tindakannya sebentar tadi.
“Kita akan berjumpa lagi wahai orang muda yang jujur!” pengemis tua itu kemudian ketawa lagi. Orang tua itu kemudian meluru ke arah jalan raya. Kebetulan sebuah lori mengangkut simen sedang bergerak laju menuju ke arah pengemis tua itu berlari.
“Pak cik jangan!!!” Amru menjerit ketakutan. Dia lantas bangun dan cuba untuk menghalang orang tua itu. Namun sudah tidak sempat kerana orang tua itu sudah pun berada di tengah jalan raya dengan lori sepuluh tan sudah semakin hampir.
Dengan pantas lori yang berwarna biru itu melanggar pengemis tua. Jantung Amru hampir terhenti berdegup melihat semuanya berlaku di depan matanya.
Namun sesuatu yang lain telah mengejutkan Amru. Sebaik sahaja lori besar itu bergerak melalui pengemis tua itu, tiada apa yang tertinggal di jalan raya. Tidak setitis darah pun. Lori itu seperti melanggar angin. “Macam mana orang tua itu boleh hilang begitu saja?” Gumam Amru sendiri.