Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Pengumuman!!!!

Ini adalah satu pengumuman dan entri ku yang terakhir di blog ini.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semoga kalian berada dalam keadaan sejahtera selalu....


Di sini aku nak beritahu...aku sudah berpindah blog. Dan bakal menutup atau mengabaikan blog ini...Sebab kenapa aku buat macam tu...biarlah rahsia...hehehehe....

Ini alamat blog baru aku....

www.resmancworld.blogspot.com

Cerita di satu pagi...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu hendaknya....


Ya! Tajuk entri kali ini ialah cerita di satu pagi. Ada pun kisah ini adalah kisah benar dan ada kena-mengena dengan yang hidup dan belum mati. Maka marilah kita memulakan cerita kita ya.


Ada pun di satu pagi yang indah dan damai, di mana pada ketika itu waktu baru saja beranjak ke angka 9 pagi. Aku duduk melepak dengan seorang jiran satu perumahan ku yang bernama Amad Firdaus (memang nam sebenar). Pada mulanya perbualan kami berjalan dengan begitu lancar sekali. Banyak topik yang kami bualkan.


Tiba-tiba datang seorang nenek tua berbangsa india berjalan tidak jauh di sebelah kanan kami. Ada pun nenek tua itu memakai baju biru bunga-bunga, dan kain batik. Dengan langkah perlahan, nenek itu menggagahkan dirinya untuk terus berjalan. Aku dan Amad memandang nenek itu dengan perasaan kasihan. Di dalam hati aku mula terbayangkan begitulah aku lagi 40 tahun itu pun kalau umur aku panjang. Membuatkan aku merasa sangat bersyukur kerana masih muda. Juga membuatkan aku bertambah bersemangat untuk lebih keras berkerja dan beribadah. Yelah, aku mana tau bila aku nak mati.


Dalam jarak yang tidak sampai 100 meter, nenek tua india itu mengambil masa hampir sepuluh minit untuk menghampiri kami dan berjalan di belakang kami yang sedang duduk di tepi jalan raya perumahan. NAMUN ADA SESUATU TELAH BERLAKU KETIKA NENEK ITU BERJALAN BETUL-BETUL DI BELAKANG KAMI!!!!


Di dalam keheningan pagi yang menenangkan, tiba-tiba saja kedengaran BUNYI KENTUT YANG AGAK CAIR BUNYINYA. Aku lantas menoleh ke arah Amad. Menuduh dia kentut dalam diam. Tapi Amad mula menepuk paha kanan ku sambil menahan gelak. Merah muka dia. Aku tercengang.


"Nenek tu kentut siot!!!" bisik Amad kepada ku.


Aku kemudian menoleh ke arah si nenek yang masih tidak jauh dari kami. Di situ orang tua itu berhenti melangkah. Dia menggosok-gosok perutnya. Lagaknya sungguh sama dengan orang yang hendak tercirit.


Itulah cerita yang berlaku kepada ku dan Amad di pagi hari yang hening....Sekian

Nenek yang menjadikan hidung kami mangsa kentut cairnya...Hampeh sungguh!!!!

Pelikkah aku? Kalau....


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sejahtera selalu hendaknya.

Masa aku menulis entri kali ini, aku baru saja balik dari menonton Malaysia menentang Hong Kong di mana Malaysia sudah semakin matang dan berfikir ketika beraksi di padang. Aku bangga menonton hampir setiap perlawanan pasukan Malaysia sama ada yang ditayangkan di TV atau pun tidak. Terbaru aku menonton aksi mereka secara sangat dekat di padang FAM di Kelana Jaya, sehari sebelum Malaysia bertemu Indonesia di Stadium Bukit Jalil. Aku siap berdiri betul-betul di belakang pemain-pemain simpanan Malaysia masa tu. Tapi yang bestnya, ada insan-insan yang tak reti nak bertanya boleh cakap "La kau pun reti tengok bola ke? Sejak bila pulak ko pandai cakap pasal bola ni?"

Kalau hendak diikutkan hati yang telah dibisik halus oleh syaitan, mahu saja aku menujahkan tumit ke bibir si penanya. Ada ke ayat penanya? Lantaklah! Ini bukan manuskrip pun! Ada lagi, bila aku bercakap pasal wrestling WWE, ada juga insan-insan yang bercakap macam aku ni poser atau si pengikut orang. Bila orang cakap pasal bola, aku pun sibuk cakap pasal bola. Sedangkan selama ni aku tak cakap pasal bola atau wrestling WWE.

UNTUK PENGETAHUAN INSAN-INSAN YANG MENGANGGAP AKU NI POSER...INI ADA FAKTA BUAT KALIAN:

1. AKU SANGAT JARANG BERCAKAP PASAL BOLA SEBAB AKU TAK NAK IKUT ORANG! BILA MALAYSIA MENANG, SEMUA POST KAT FB, KAT BLOG, UCAP TAHNIAH LA, APA LA, SO AKU TAK NAK HANYA JADI PENAMBAH KEPADA JUMLAH MEREKA. AKU TAK NAK BERTINDAK KLISE. SEDANGKAN AKULAH INSAN YANG MENJERIT PALING KUAT SEKALI DI KEDAI MAKAN SEKSYEN 23 MASA MALAYSIA LAWAN INDONESIA FINAL DI INDONESIA. AKU JUGA PERGI HAMPIR SEMUA PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA DI MALAYSIA. TAPI HARI INI BARU AKU BERITAHU KAT HANG SEMUA. TAK PERCAYA, TENGOK VIDEO AKU KAT FB YANG AKU DUDUK BETUL2 BELAKANG RAJA GOPAL TU.

2. AKU SANGAT JARANG BERCAKAP TENTANG WRESTLING PUN SAMA KERANA AKU TAK NAK BERTINDAK KLISE. UNTUK PENGETAHUAN KORANG, BAPAK AKU ADALAH PEMINAT WRESTLING YANG SANGAT TEGAR! DARI MUDA DIA MINAT TENGOK. AKU INGAT LAGI MASA KECIL2 DULU AYAH SANGGUP SEWA VIDEO TAPE SETIAP MINGGU SEBAB NAK TENGOK WRESTLING. KALAU TAKAT KORANG NAK AKU CERITA PENGUSTI DARI ZAMAN ANDRE THE GIANT, DIESEL, MILLION DOLLAR MAN, ULTIMATE WORRIOR, HULK HOGAN, HITMAN,SAMPAILAH KE JOHN CENA, AKU TAK DA HAL NAK CERITA EVERY SINGLE DETAIL.

3. KEPADA YANG CAKAP PELIK SEBAB AKU TETIBA SAJA CAKAP PASAL BOLA SEDANGKAN SELAMA NI AKU DIAM JE BILA DIAORANG SIBUK POST KAT MEMANE PASAL BOLA, KORANG TENGOK GAMBAR KAT FB TU AKU TENGAH BUAT APA DENGAN PASUKAN MBPJ TU? MAIN GULI? YA! AKU SIAP MAIN BOLA UNTUK KELAB MBPJ. NAK BUKTI GI PADANG MBPJ YANG DEPAN AMCORP MALL TU SETIAP SABTU DAN AHAD. KAMI TRAINING MASA TU.


So lepas ni aku harap tolong jangan perli2 aku ni macam aku ni poser yang nak cakap apa topik yang TENGAH ramai orang perkatakan contohnya macam Malaysia menang piala suzuki atau dulunya piala tiger. Sebab aku tak nak jadi poser la, aku biarkan korang semua bercakap pasal benda tu dan aku hanya diam. Sedangkan aku tahu, yang mengutuk aku tu lagi la hampeh sebenarnya. Main bola pun tak tapi cakap pom pom pom macam dia budak bola. Bila tanya pasal pemain yang tak terkenal je sikit, mula la gelabah.


Jadi pelikkah aku?? Ke mereka2 yang aku maksudkan itu yang buta?? Kepada yang berkenaan, renung2kanlah dan selamat bertaubat!!

Hah nie aku ada ujian mata untuk kepada orang2 yang aku maksudkan. Aku namakan kuiz ni, cari di mana aku dan di mana kau? Eh?! Kau takde ek?


Jangan Hina Penulis!!!

Assalamualaikum w.b.t buat semua dan salam sejahtera. Semua ready ya, entri kali ini agak beremosi....


Sepanjang aku menjadi seorang penulis, dan juga sebelum jadi penulis, telinga ku sering disajikan dengan kata-kata hinaan seperti:

"Menulis tu boleh kaya ka? Mati tak makan kalau pompuan kawin dengan penulis macam dia tu!"

"Penulis? Itu bukan kerja! Itu hobi! Suruh la si Resman tu cari kerja!"

"Kalau takat menulis, baik kerja jadi pondan! Ada lagi hasilnya!"

"Penulis novel? Ooo...kira kerja sendiri la ni? Boleh hidup ka?"

"Kau buat apa sekarang? Penulis novel? Bila la kau nak cari kerja ni Resman? Tua sudah kau tu"

"Penulis novel dan buku? Hidup jugak kau tak kerja ya?"

Dan banyak lagi...


Kalau nak ikutkan hati, nak aje aku menjawap semua kata-kata di atas dengan kaki, batang besi, parang, bom tangan atau asid!


Agak2 la korang! Hina sangatkah jadi penulis? Habis yang korang dok sibuk suruh anak korang semua baca buku kenapa? Dok sibuk bawa anak pegi MPH la, POPULAR la, buat apa? Supaya anak jadi budak yang berilmu? Sebab buku cerita dan novel merupakan hiburan yang berpelajaran? Habis tu siapa yang menulis semua buku tu???? Hantu? Tapir kutub? Kerbau Pak Kasim? Kucing Mak Limah? Anjing Uncle WOng???


PENULIS MACAM AKU NI LA ANTARA INSAN2 YANG MEMERAH OTAK SIANG DAN MALAM NAK HASILKAN BUKU YANG KORANG KATAKAN HIBURAN BERPELAJARAN TU SEMUA!!!

Kepada insan-insan yang tergolong dalam golongan yang suka memandang rendah dan menghina para penulis macam aku ni, tolonglah buka minda bukan sikit tapi kalau boleh tukar minda tu dengan minda baru. Ekzoz bagi besar sikit supaya hidayah senang dan lancar nak masuk!


Suka2 hati korang je nak hina penulis. Apa hina sangat ka kerja menulis ni? Sepanjang aku menulis sepenuh masa ni takde pulak aku sampai mengemis di tepi jalan. Tak ada juga aku jalan ke sana ke mari mencari tin2 kosong. Ya, aku mungkin tidak sekaya penulis2 yang lain. Tapi aku memang boleh hidup dengan menulis sepenuh masa. Dan ya! Menulis itu satu kerjaya yang mendidik aku untuk menjadi manusia yang sering menggunakan otak anugerah Allah bagi mencari rezeki yang halal. Bukan macam korang yang menghina tu! Otak ada, simpan kat tempurung lutut buat spare part! Halal haram tolak tepi dah. Moden la katakan!


Dah la aku malas nak jumping smash lelebih. Kang cakap aku ni celaka la, penulis tak beradab la, penulis yang tak boleh dijadikan contoh la, tau pulak cakap macam tu. Kalau aku buat baik, hina aku dengan kerja aku sekali. Lahanat sungguh!


Renung-renungkanlah dan selamat bertaubat! Marah sungguh aku!

Sibuk!!! Bila manuskrip aku nak siap ni!!!


Assalamualaikum w.b.t buat semua dan salam sejahtera. Diharap kalian semua sihat2 saja. Emm....Rasanya sudah lama aku tidak menulis apa2 di blog ini?! (Pasti sudah ada yang bosan membaca ayat klise ini bukan? Hehehehe) Bukan apa, terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan dan juga manuskrip untuk disiapkan. Aku mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat di tahun 2011 ini. Sanggup aku pecahkan kepala hotak aku ni untuk menulis sesuatu yang diharap dapat memberikan kepuasan buat semua yang sudah menghabiskan duit nak beli novel aku. Aku tahu perasaan pembaca yang menyesal setiap kali membeli dan membaca sesuatu novel. Malah ada juga yang tega memaki hamun sendiri ke aku je yang macam tu??? Yelah, sebelum jadi penulis, aku bermula dengan menjadi seorang pembaca.


Sebenarnya aku agak tertekan dengan hidup aku sekarang ni. Banyak urusan yang tidak siap. Begitu juga dengan manuskrip ku. Makin ku tulis, makin rasa lambat pulak nak siap. Terutama sekali Syaakur buku ke dua. Kepada semua yang sudi bertanya bila novel itu akan diterbitkan, terima kasih sangat2. Aku sedang berusaha sehabis daya untuk menghabiskannya. Bukan apa, untuk Syaakur saja, aku terpaksa mendelete 90 mukasurat yang sudah ku tulis. Sebab aku rasa jalan cerita tak cun. Sudahnya manuskrip ini menipis lagi.


Baru2 ni aku sampai terpaksa ke klinik sebab sakit pinggang yang teramat sangat. Doktor nasihatkan aku minum susu banyak dan berehat. Nak rehat macam mana doktor kalau manuskrip dah berbulan2 tak siap!! HUHUHUHU...Inilah cabaran seorang penulis. Ya aku memang mengeluh kali ini, tapi aku tak pernah menyesal memilih pekerjaan yang ramai orang kata tidak boleh buat kaya ini. Tapi aku yakin, sekiranya aku berbanting tulang memberikan yang terbaik buat semua peminat2 ku, pasti hasilnya akan berbaloi. Kaya tak kaya bukan soal. Yang penting kepuasan bila orang suka dan meminati karya ku.

Buat semua yang masih sudi bertandang ke blog ku ini, terima kasih sangat2. Hanya Tuhan saja yang boleh membalas kebaikkan hati kalian semua. Harapan aku, tahun 2011 ini, karya2 ku mampu memberikan kepuasan kepada semua yang sudi membeli dan membacanya...

Hingga jumpa di entri yang akan datang...Love u all