Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Sibuk!!! Bila manuskrip aku nak siap ni!!!


Assalamualaikum w.b.t buat semua dan salam sejahtera. Diharap kalian semua sihat2 saja. Emm....Rasanya sudah lama aku tidak menulis apa2 di blog ini?! (Pasti sudah ada yang bosan membaca ayat klise ini bukan? Hehehehe) Bukan apa, terlalu banyak urusan yang perlu diselesaikan dan juga manuskrip untuk disiapkan. Aku mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat di tahun 2011 ini. Sanggup aku pecahkan kepala hotak aku ni untuk menulis sesuatu yang diharap dapat memberikan kepuasan buat semua yang sudah menghabiskan duit nak beli novel aku. Aku tahu perasaan pembaca yang menyesal setiap kali membeli dan membaca sesuatu novel. Malah ada juga yang tega memaki hamun sendiri ke aku je yang macam tu??? Yelah, sebelum jadi penulis, aku bermula dengan menjadi seorang pembaca.


Sebenarnya aku agak tertekan dengan hidup aku sekarang ni. Banyak urusan yang tidak siap. Begitu juga dengan manuskrip ku. Makin ku tulis, makin rasa lambat pulak nak siap. Terutama sekali Syaakur buku ke dua. Kepada semua yang sudi bertanya bila novel itu akan diterbitkan, terima kasih sangat2. Aku sedang berusaha sehabis daya untuk menghabiskannya. Bukan apa, untuk Syaakur saja, aku terpaksa mendelete 90 mukasurat yang sudah ku tulis. Sebab aku rasa jalan cerita tak cun. Sudahnya manuskrip ini menipis lagi.


Baru2 ni aku sampai terpaksa ke klinik sebab sakit pinggang yang teramat sangat. Doktor nasihatkan aku minum susu banyak dan berehat. Nak rehat macam mana doktor kalau manuskrip dah berbulan2 tak siap!! HUHUHUHU...Inilah cabaran seorang penulis. Ya aku memang mengeluh kali ini, tapi aku tak pernah menyesal memilih pekerjaan yang ramai orang kata tidak boleh buat kaya ini. Tapi aku yakin, sekiranya aku berbanting tulang memberikan yang terbaik buat semua peminat2 ku, pasti hasilnya akan berbaloi. Kaya tak kaya bukan soal. Yang penting kepuasan bila orang suka dan meminati karya ku.

Buat semua yang masih sudi bertandang ke blog ku ini, terima kasih sangat2. Hanya Tuhan saja yang boleh membalas kebaikkan hati kalian semua. Harapan aku, tahun 2011 ini, karya2 ku mampu memberikan kepuasan kepada semua yang sudi membeli dan membacanya...

Hingga jumpa di entri yang akan datang...Love u all

2 comments:

Yup... itu semua cabaran jadi penulis. Pengalaman terpaksa memadam 90 mukasurat itu sememangnya, ADOI! Huhu saya pun terbabit dalam gejala padam-memadam itu. Bersama-samalah kita bertabah!:)

Seronok mendengar khabar ini. Semoga sihat dan bersemangat selalu.

 

Mak ai! 90 mukasurat? banyak tu huhuhu... nak pengsanlah rasanya kalau nak padam semua tu, sabar ajelah. Moga tahun 2011 ini akan memberikan idea2 yang baik untuk karya Resman.

 

Post a Comment