Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Kenangan Manis Di PBAKL 2010...

Seperti yang pernah aku janjikan kepada semua pengunjung blog ku yang baik hati, dengan ini aku memaparkan gambar-gambar kenangan manis dan indah sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang telah diadakan di PWTC...


Setakat ini saja dulu sesi gambar kita ye kawan-kawan. Sebenarnya banyak lagi. Kalau nak tengok full version (cewah macam album lak kan?) lawati Facebook aku. Kepada yang tak add aku lagi add la. Kompom aku terima punya la hehehe...Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang datang ke sesi autograf aku. Aku sayang kalian semua!!!!

Sedikit cerita Dari PBAKL...

Salam buat semua yang masih setia bertandang ke blog aku yang tak seberapa ini. Di sini, aku ingin bercerita sedikit tentang pengalaman aku di pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada hari Sabtu dan Khamis lepas. Mari kita mulakan...
Hari Sabtu bersamaan dengan 20/03/2010....
1. Aku bersama dia yang tersayang, bergerak ke stesen Putra dengan menaiki KTM. Aku dah start pening sebab ramai orang kat dalam train. Macam ikan sardin je. Aku juga sudah mula berpeluh dan sedikit panik. Untuk pengetahuan semua, aku akan panik setiap kali terperangkap di dalam keramaian. Sebab tu aku tak pernah nak pergi ke dataran sambut tahun baru ke, kemerdekaan ke, dan apa-apa je lah yang melibatkan ramai orang berjalan di dalam satu tempat.
2. Kami tiba di PWTC. Aku semakin berpeluh dan semakin panik bila melihat jumlah manusia yang sama seperti rombongan haji. Namun aku gagahi langkah ku masuk ke dalam. Setiba di dalam, aku terus mencari di mana dewan tempat perjumpaan bersama penulis hebat dari Chicago US iaitu Laura Caldwell. Mujur di sekitar kawasan dewan itu tidak ramai orang.
3. Dia yang tersayang membawa aku round2 konon. Sudahnya kami masuk ke dalam kawasan booth Karangkraf. Di situ aku nyaris rebah atau dalam bahasa saintifiknya pengsan dalam keadaan macho. Panik aku bukan main lagi kat situ. Gile ramai sangat-sangat orang kat dalam kawasan yang sempit dan kecil itu!!!! Mujur dia yang tersayang sedar wajah ku sudah mula pucat. Cepat2 dia bergegas membawa aku keluar dari situ. Jalan aku pun masa tu dah betul.
4. Selepas itu kami terus masuk ke dalam dewan perjumpaan dengan penulis Laura Caldwell lebih awal dari semua orang. Di dalam dewan itu aku mengambil nafas dan semangat.
5. Lepas perjumpaan tu aku menegur dua penulis muda yang hebat iaitu Fatin Hanani (Gelagat Si Kembar) dan juga Hasif (Bagaikan Mimpi) bersama seorang kawan si Fatin.
6. Kami kemudian di bawa masuk ke dewan makan bersama Laura Caldwell. Di situ, aku terkejut bila Laura Caldwell yang terlebih dahulu menegur aku. Dia cakap aku dengan dia yang tersayang pendengar yang baik. Aku hanya mampu say thank you madam. Kami kemudian bergambar2 bersama beliau dan juga Hasif dan Fatin.
7. Lepas tu aku ke booth Karnadya untuk melihat rupa bentuk buku terbaru ku iaitu INI BUKU LAAAGI SERAM. Aku tersenyum lebar melihat buku itu sungguh cantik sekali. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam penghasilan buku itu. Anda semua memang hebat!!!!
Khamis bersamaan 25/03/2010...
1. Kali ini aku bergerak bersama sahabat karib ku iaitu Mail The Magic Man. Magic dia ni selalu boleh buat aku say WOOOWWW HOW U DO THAT???? Kami bergerak dengan KTM cuma kali ini aku mampu tersenyum kerana tidak ramai orang.
2. Kami tiba saja di PWTC, misi kami adalah ke booth PTS untuk mengacau ALIF (Dunia Komik) yang sedang bertugas di sana. Manakala Mail lebih kepada mengacau Cik Husna. Aku tak. Aku just kacau Alif je. Highlight ayat tu! Kang tak pasal2 aku kena hentak dengan dia yang tersayang.
3. Aku tidak terus ke booth PTS, sebaliknya ke booth Karnadya yang betul2 berdepan dengan booth PTS. Setiba ku di sana, aku disambut dengan penuh ramah-mesra oleh semua yang ada di booth Karnadya. Terima kasih semua!!! Anda sangat baik hati.
4. Aku tersipu malu bila salah seorang dari mereka memberitahu buku pertama ku iaitu INI BUKU SERAM!!! sudah pun habis semua. Tiada lagi stok di gudang Karnadya. Alhamdulillah kepada semua yang menyokong karya aku yang tak seberapa itu. Lebih mengharukan semua yang bertugas di booth Karnadya itu mengenali aku walaupun aku tidak pernah berjumpa dengan mereka.
5. Aku sekali lagi tersipu malu bila dua orang penulis yang sangat hebat menegur aku. Iaitu Puan Aina Emir dan ustaz yang aku tak sempat tanya nama beliau. Maaf sangat2 ustaz, saya jadi kelu dan huru-hara bila berdepan dan berbicara dengan ustaz. Mungkin sebab dulu saya selalu kena rotan dengan ustaz sekolah rendah dan menengah saya kerana dajal yang saya lakukan.
6. Ternganga je aku bila Puan Aina Emir dan ustaz mempelawa aku melepak dengan mereka. Segan siot masa tu. Aku rasa diri ku terlalu kecil dan rendah untuk menerima pujian dari mereka berdua. Lepas tu kami bergambar2. Satu pengalaman yang sangat mengujakan. Terima kasih sangat2!!!
7. Lepas tu aku buat onar pula di booth PTS. Hahahaaha...Aku bergambar dengan ALIF sambil cuba mengayakan watak dalam komik terbarunya yang bernama Dunia Komik. Lepas tu aku dipaksa oleh Mail untuk menegurkan Cik Husna untuk dirinya. Aku jadi mangsa keadaan! Kemudian AKU DAN CIK HUSNA berserta mail, bergambar bersama beberapa buah buku terbitan PTS. Aku terkejut bila tetiba je, ada dalam tiga lensa kamera lain selain dari kamera si mail mengambil gambil kami. Rasa macam trek selebateri je. Tapi mungkin dorang nak amik gambar cik Husna je kot. Tapi tak salah sekiranya aku perasan.
Aku tak dapat nak upload semua gambar ku di pesta buku untuk 2 hari tu buat masa ini. Tapi aku janji akan menguploadnya di entri yang akan datang....Di kesempatan ini aku ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua pembaca buku aku, datang la beramai-ramai ke sesi auto-signning ku pada 27/03/2010 bersamaan dengan hari Sabtu ini. Aku sangat ingin berjumpa dengan kalian semua. Kerana aku sangat sayang kalian semua. Karya aku jadi sangat istimewa kerana kalian. Love u all and hardly can't wait to meet u all!!!!

MARI KITA BERPESTA!!!!

Aku rasa sudah ramai yang tahu tentang pesta buku antarabangsa bakal menggegarkan PWTC bermula esok hari. Ya! Apa yang membuatkan pesta ini istimewa buat diri ku adalah:

1. Aku tidak pernah pergi ke pesta buku seumur hidup aku. Seperti yang aku pernah cerita kat korang aku membesar di Labuan. Kedai buku yang ada pun alahai kecik je. Novel lak abad ke berapa entah bak kata mantan cikgu BM aku di sekolah menengah dulu.


2. Untuk pertama kalinya aku ke pesta buku dalam hidup ku dan alhamdulillah aku datang ke sana sebagai pengunjung dan penulis sekali. Serius aku bersyukur yang tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana sudah mendengar dan mengkabulkan doa ku selama ini.


3. Pertama kali juga aku akan bertemu dengan pembaca buku ku serta rakan seperjuangan di Karnadya dan juga rakan seperjuangan di syarikat penerbitan yang lain.


4. Lagi sekali pertama kali juga aku akan berdepan dengan apa yang dinamakan sebagai sesi autograf. Berketar-ketar jugak tangan aku tu nanti.


5. Buku ke dua ku akan diterbitkan di pesta itu insya'Allah kalau takde halangan dan arah melintang-pukang.


Itulah sebab2 mengapa pesta buku antarabangsa 2010 ini sangat bermakna buat diri ku. Kepada semua peminat hasil karya ku, tidak sabar untuk bertemu kalian di PWTC nanti. Sesi autograf ku jatuh pada 27 haribulan. Namun begitu aku akan berada di PWTC juga pada 20, 21, dan 28 haribulan. Jumpa anda semua di sana!!!!



Kenangan Lama = Bakal Karya Terbaru...

Ini adalah karya ku yang telah lama ku tulis. Ketika aku masih di sekolah menengah dulu. Tak silap dalam form 4 kot. Aku masih ingat bila cikgu BM aku marah aku sebab buat karangan yang mengarut. "Mana ada penulis yang datang dari negeri pulau macam Labuan ni. Kedai buku pun kecik2 semuanya. Novel dan buku pun entah abad ke berapa entah."

Terus-terang kata-katanya itu hampir melemahkan semangat aku untuk terus menulis. Hingga akhirnya aku berlajar bermain drum bersungguh-sungguh. Namun aku tetap tak dapat nak melupakan tentang menulis. Hari ini, aku persembahkan kat korang dua karangan aku yang cikgu aku katakan mengarut tu. Aku taip semuanya mengikut apa yang aku tulis kat kertas kajang sekolah. Dan aku menjadikan dua karangan ini sebagai teaser untuk karya terbaru aku. Aku nak stop tulis citer kelaka jap. Nak wat cerita serius kala lak. Korang nilai la sendiri karangan aku ni. Kalau korang pun cakap mengarut, maka mengarutlah ia. Alah! Macam la buku aku tu semua tak mengarut kan? Motto aku senang je. Hidup kita dah cukup logik dan serius sebenarnya. Setiap pilihan dalam hidup kita kena pilih dengan akal yang logik dan serius kan? So aku rasa macam takde trill sekiranya aku menulis cerita yang serius dan logik. Baik aku buat dokumentari je kan? Kan? So aku harap korang enjoy la dengan karangan aku di tingkatan 4 ni. Love u all. Jumpa kat PESTA BUKU 27 MAC 2010 INI DI BOOTH KARNADYA...



Malam Yang Panas…

Aku duduk di situ lagi hari ini. Sama seperti hari sebelumnya. Aku sudah tidak mahu meneruskan perjalanan ku lagi. Bukan kerana kaki ini sudah tidak mampu untuk melangkah. Tetapi jiwa ini sudah terlalu letih untuk menyimpan apa yang dinamakan sebagai harapan.
Bagi ku, ia sudah tidak wujud lagi. Hanya tinggal nama. Aku yakin sudah tidak ada manusia di dunia ini yang akan pernah menyimpan perkataan itu di jiwa mereka lagi. Semuanya sudah berakhir seperti yang selalu dikatakan oleh Jailani pada ku ketika dia masih bernyawa dua hari lepas.
Suasana malam masih sama seperti hari sebelumnya. Sama seperti aku yang duduk di situ sendirian. Sama dan tidak berubah. Angin malam yang dingin sudah tidak wujud. Yang ada hanya malam yang panas. Peluh tidak pernah jemu membasahi tubuh.
Mengejut telinga ku menangkap satu bunyi. Bunyi yang memberi amaran aku tidak sendiri lagi. Ada tamu yang tidak diundang sedang datang mendekat. Aku bangun dari duduk. Bersembunyi di sebalik longgokkan batu-batu bangunan yang runtuh.
Tidak jauh di hadapan soroton lampu bergerak-gerak tanpa arah yang pasti. Banyak jumlahnya. Memberi makna tamu itu bukan seorang. Aku menajamkan semua deria ku. Terutama sekali mata dan tangan ku. Jari ku sudah mula mendekati picu senjata ku. Senjata laser yang dinamakan Laser Blaze H24 oleh penciptanya.
“Hassan! Aku tahu kau ada di sini wahai orang tua. Keluarlah dan serahkan diri kau!” jerit si bangsat, Zacklen.
“Come on old man. Stop playing hide and seek with us. You got no way to run anymore!” jerit si bangsat itu lagi.
Walaupun benci mendengarnya, tapi dia betul. Aku sudah terperangkap. Jalan keluar ku berada di hadapan. Tempat di mana Zacklen dan ‘anjing-anjingnya’ bersedia dengan senjata masing-masing.
Perlahan-lahan aku keluar menunjukkan diri ku kepada mereka semua. Aku melemparkan senyuman kepada Zacklen. Dia membalasnya sinis bersama wajah yang menjengkelkan.
“At last old man. You know how hard its is to catch your ass?” kata Zacklen kepada ku. Senyumannya masih belum padam. Malah semakin mekar di bibirnya.
“Kau tak perlu nak bercakap bahasa itu dengan ku. Aku sudah jijik menggunakannya. Dan aku lebih lebih jijik bila bangsa ku sendiri menggunakannya pada ku. Kerana aku masih punya bahasa sendiri. Bahasa bangsa ku sendiri,” balas ku tegas.
“Memang dasar orang tua dari zaman kuno. Hassan…Hassan…Kita sekarang ini sudah berada di tahun 2029. Zaman kuno kau itu sudah lama pupus. Kau patut bersyukur kerana menjadi orang tua yang sangat bertuah yang berpeluang untuk melihat zaman kami yang serba canggih ini.” Zacklen tersenyum lagi.
“Zaman aku memang sudah pupus. Dan aku tidak pernah akan bersyukur kerana berpeluang untuk hidup di zaman ini. Lagipun apa yang kamu tahu tentang syukur? Pernah kau melihat rupa negara kita ini pada zaman kami, tahun 2002?
Kami juga moden pada ketika itu. Kami juga punya mesin canggih pada ketika itu. Kehidupan kami juga selesa pada ketika itu. Namun kami masih mampu untuk melihat tumbuhan hijau. Memegangnya malah menjaganya agar terus hidup bersama kami.
Kami masih mampu untuk membawa anak-anak kami ke taman dan zoo yang punya binatang sebenar. Kami masih mampu makan sayur-sayuran. Bukan hanya menelan pil sayuran yang diciptakan oleh manusia,” panjang aku berhujah. Selepas itu aku ketawa sendiri. Aku pasti ulah ku itu mengundang rasa hairan dan pelik pada mereka semua.
“Kau cakap aku ini orang tua yang kuno. Ya! Memang benar aku ini orang tua yang kuno. Usia terakhir ku sebelum kamu membekukan aku dan menghidupkan aku di zaman ini, adalah 43 tahun.
Usia yang sudah cukup untuk dipanggil tua. Tapi aku merasa sungguh lucu sekali. Kau bangga dengan semua kecanggihan yang zaman ini punya. Tapi lihatlah kamu semua. Untuk bernafas di sini pun kamu tidak berani.
Semuanya bertopeng dengan oksigen buatan manusia. Untuk terus bernafas di bumi sendiri pun kamu sudah tidak mampu. Tanah ini sudah tidak punya makna dan fungsi lagi. Tiada tumbuhan yang mampu dibesarkan di tanah ini!
Tiada lagi malam yang dingin. Yang ada hanya malam yang panas…” belum sempat aku menghabiskan kata-kata ku, Zacklen meledakkan satu tembakan ke arah ku.
Pandangan ku kabur. Daya ku pantas menghilang. Hingga akhirnya aku jatuh terbaring ke lantai bumi. Telinga ku yang tadinya berdengung, kini mendengar degupan jantung yang kian perlahan. Akhirnya aku pergi juga meninggalkan bumi yang sudah mati ini. Namun aku bangga. Sangat bangga.
Kerana aku akhirnya mampu mati bersama bumi ini.


Target 13…

Semalam aku mendapat satu panggilan bertugas mengejut dari pihak atasan. Aku selaku ketua pasukan Alpha13, menjadi orang yang paling sibuk sekali. Namun begitu sekali lagi pasukan elite ku ini mendapat perhatian khas dari seluruh unit penting kerajaan. Nama kami menjadi sebutan. Hasil kerja kami menjadi harapan. Kami tidak punya pilihan lain selain dari berjaya melaksanakan kerja kami itu.
“Di mana kedudukan target sekarang ini?” soal ku kepada Slash, pemberi maklumat untuk misi ku kali ini.
“Target sudah memasuki kawasan coklat,” jawab Slash sambil menunjukkan aku monitor komputer ribanya. Di skrin terpampang pergerakkan target yang menuju ke Timur. Target ditunjukkan sebagai satu titik hijau yang bergerak perlahan pada lampiran peta yang sudah didekatkan.
“Nampaknya target tidak hanya bergerak ke Timur. Dia tahu arah itu. Dia tahu ke mana dia melangkah. Hanya pihak kerajaan saja yang tahu tentang jalan ke Timur. Siapa target kita ni?” soal ku perlahan. Agak perlahan sehingga hampir tidak didengar oleh Slash.
“Buat masa ini kalian tidak boleh tahu tentang target. Arahan pihak atasan. Misi kalian semua adalah untuk membawa balik target ke sini. Hidup-hidup,” terang Slash dengan wajah serius.
Sesuatu yang baru. Aku tidak diberikan tentang profile target. Maknanya aku sedang memburu target yang tidak bernama. Aku menamakan target itu sebagai Target 13. Sempena dengan tarikh aku memulakan misi memburunya. Aku bersama empat anak buah ku yang paling cekap bergerak memburu Target 13 dengan hanya berpandukan gambar wajahnya. Gambar dia sedang terbaring kaku di katil penjara.
Kami tidak mengambil masa yang lama untuk menjejak dan mengepung target. Ternyata target telah melarikan diri dari penjara khas. Tapi aku tidak habis fikir bagaimana dia boleh melarikan diri dari penjara yang dikawal oleh askar-askar yang cekap. Aku lebih bingung bila melihat senjata yang dia gunakan. Sebilah pedang lama yang kalau tidak silap aku namanya keris.
“Berdiri di mana kamu berada sekarang! Dan jangan cuba buat apa-apa yang bodoh!” jerit ku pada Target 13.
Kami semua berada di satu kawasan gersang atau lebih tepatnya padang pasir. Tiada apa di situ selain dari lapangan berpasir. Kami berlima mengepung target sambil mengacukan senjata ke arahnya sebagai langkah berjaga-jaga.
“Jangan mengganggu,” target bersuara.
“Tapi kamu telah melarikan diri dari penjara khas. Itu adalah kesalahan yang sangat besar!” aku cuba menerangkan kesalahannya.
Dia kemudian berpusing menoleh ke arah ku. Lalu perlahan-lahan dia menoleh pula empat anak buah ku. Dia kemudian tersenyum sendiri.
Tanpa kami semua bersedia, target bergerak pantas menyerang salah seorang dari anak buah ku. Pergerakannya sungguh pantas! Sekelip mata saja dia berjaya membenamkan pedang kunonya ke dada salah seorang anak buah ku. Kami mula melepaskan tembakan.
Sungguh menakjubkan, tiada satu pun peluru kami berjaya singgah ke tubuhnya. Target bergerak lebih pantas dari peluru kami. Dia sepertinya seorang dewa perang yang tidak mampu untuk kami lawan. Sumpah aku tidak pernah berdepan dengan target yang sepantas dia.
Ketika kami masih berusaha untuk menembak target, satu per satu anak buah ku tumbang tak bernyawa. Sehingga akhirnya tinggal aku dan dia. Berdiri menghadap satu sama lain. Mata kami bertentangan.
Itulah kali pertama aku dapat merasakan satu ketakutan yang maha dahsyat. Sehingga tangan ku berketar memegang senjata. Aku sudah berhenti menembak. Membuatkan keadaan sunyi kembali.
“Si…siapa kau sebenarnya?” tanya ku kepada Target 13.
Dia tidak segera menjawap. Sebaliknya melemparkan senyuman yang bersahaja. Dengan langkah tenang, dia bergerak ke arah ku. Aku pula berdiri kaku dengan senjata yang masih kejap di tangan. Jantung ku berdebar kencang. Aku terlalu takut untuk bergerak.
“Boleh hamba tahu di mana hamba berada? Zaman apakah ini?” Target 13 sebaliknya menanyakan aku soalan. Membiarkan pertanyaan ku sebentar tadi tidak terjawap.
“Kamu sekarang ini berada di Malaysia. Tahun 2032.” Ringkas aku memberitahu.
Matanya buntang. Dari riaknya jelas rasa terkejut dan tidak percaya berbaur di hatinya. Dia perlahan tertunduk. Rambutnya yang panjang melepasi bahu sesekali terbang bila ditiup angin. Sejurus dia mengangkat wajahnya, terlihat pula wajah kecewa.
“Sungguh hamba tidak sangka semua ini benar-benar terjadi. Sebelum ini, ahlil nujum istana pernah memberitahu hamba sesuatu yang sukar diterima akal waras. Katanya hamba akan menghilang ke zaman yang jauh sekali. Sekarang, semua itu benar-benar terjadi,” ujar Target 13 sambil menggeleng lemah.
Dia kemudian diam membisu. Aku juga begitu. Masih mencari kata-kata yang sesuai untuk dilafazkan. Menjana benak ku sekerasnya. Walau kekeliruan masih merajai benak itu.
Tiba-tiba keadaan menjadi riuh-rendah dengan bunyian kereta dan juga heli yang menyuluh tepat ke arah Target 13. Namun begitu dia masih mampu untuk berdiri dengan tenang.
“Jangan bergerak! Kamu sudah dikepung!” satu suara lelaki keluar dari pembesar suara heli.
Bila aku lihat sekeliling, kami sudah dikepung oleh puluhan kereta skuad khas yang dilengkapi dengan senjata api. Sedia untuk meragut nyawa Target 13 sekiranya dia berbuat sesuatu yang bodoh.
Dengan penuh nekad, Target 13 cuba bergerak melintasi barisan kereta skuad khas bagi meloloskan dirinya. Sesuatu yang sangat bodoh! Walau selaju mana pun dia, pasti tidak akan berjaya melepasi ratusan peluru yang diledakkan oleh kereta itu.
Seperti yang ku katakan. Target terkena tembakan yang bertalu-talu. Setelah mendengar jeritan dari kapten mereka, barulah tembakan dihentikan. Target 13 jatuh melutut di tanah. Darah merah membasahi baju penjaranya yang serba putih.
Aku berlari mendapatkannya. Lalu ku tangkap tubuhnya yang sudah hampir rebah ke tanah. Perlahan-lahan aku meletakkan kepalanya di riba ku. Dia menatap ku hairan. Mungkin dia tidak menyangka aku akan berbuat begitu kerana sebelum ini aku juga pernah melepaskan tembakan ke arahnya.
“Terima kasih tuan hamba,” lemah dia mengucapkan itu kepada ku. Lidah ku kelu untuk menjawap.
“Adakah tuan hamba ini orang melayu?” dia bersuara lagi.
“Ya. Saya orang melayu,” jawab ku tersekat-sekat. Dia lalu tersenyum dalam keadaan terseksa menahan kesakitan.
“Hamba gembira sekarang. Masih ada bangsa melayu yang hebat seperti tuan hamba. Dari pakaian tuan hamba, hamba tahu tuan hamba pasti laksamana di zaman ini. Hamba sangat takut kiranya orang melayu akan pupus dimamah zaman. Hamba takut kiranya bangsa melayu dijajah bangsa lain. Hamba takut tiada lagi anak melayu yang berani memperjuangkan bahasa dan budayanya serta bangsanya bila bangsa lain datang ke tanah melayu. Tapi sekarang hamba lega. Tak akan melayu hilang di dunia…” Itulah kata-kata terakhir Target 13 kepada ku.
Walaupun aku tidak sempat untuk mengenalinya. Tidak tahu akan namanya. Tapi aku pasti dia adalah seorang pahlawan yang hebat di zamannya dahulu hinggalah ke hari ini.

E-Novel bersama Lautan Buku!!!

Salam buat semua pengunjung yang baik hati. Hari ini aku sangat berbesar hati kerana e-novel aku bersama Lautan Buku sudah pun diterbitkan. Sesuatu yang pernah aku buat suatu ketika dulu sebelum aku bergelar penulis sebenar dan bukannya menulis sesuatu yang tak pasti seperti yang pernah dikatakan oleh beberapa pihak suatu ketika dulu.
Aku masih ingat lagi kerjaya aku sebagai seorang penulis bermula dari menulis di blog aku. Walaupun yang membacanya hanya dua tiga orang sahaja, tapi aku sudah cukup berpuas hati kerana sekurang-kurangnya ada juga yang sudi berkongsi karya aku tu. Jadi kepada semua yang bercita-cita hendak menjadi penulis dan hanya menulis di blog sahaja pada ketika ini, teruskan usaha anda kerana anda tidak menulis sesuatu yang sia-sia hanya kerana tidak mendapat royalti. Royalti hanyalah bonus kepada penulis tetapi kepuasan berkongsi karya dan menghiburkan para pembaca anda adalah sesuatu yang tidak ternilai. Jadi teruskan menulis bebeh!!!
Terima kasih kepada warga LautanBuku kerana sudi menjemput aku untuk menulis di blog mereka. Aku harap karya aku yang tersiar di blog itu akan memberikan manfaat kepada pembacanya. Akhir kata dari aku. Semoga terhibur membacanya. Kepada pengunjung blog aku ni, kalau nak baca e-novel aku tu, pergi la ke blog lautanbuku. Link dia ada kat belah kanan blog aku ni. Wasalam....

Buku Kedua ku...

Pertama sekali aku ingin bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan aku kesihatan dan bakat untuk terus menulis. Hari ini preview cover buku terbaru ku sudah pun terpampang di website Karnadya. Kepada semua pembaca setia buku ku, anda semua boleh mendapatkan buku tersebut di pesta buku antarabangsa nanti. Jadi kita berjumpa di sana semua ok! Tak sabar nak jumpa semua pembaca INI BUKU SERAM!!!!


Sinopsis:
Kalau sebelum ini hidup anda sudah dihantui oleh INI BUKU SERAM, sekarang bersedialah untuk dihantui sekali lagi kerana ia kembali lagi. Bersedia untuk dibuka dan dibaca oleh anda semua! Bersiap untuk menghantui diri anda lagi dengan cerita yang lebih seram hingga membuatkan anda semua berasa menyesal dan geram sakan.
Keseraman jalan cerita yang ada di dalam buku kali ini lebih mantap dan lebih mengelirukan. Pasti ada yang terkeliru atau mungkin juga ada yang terasa menyesal kerana sudah membaca buku ini. Menyesal kerana kisah-kisah seram di dalam buku ini pasti akan terus menghantui hidup anda sehingga anda mahu menceritakannya kepada rakan taulan, saudara-mara, atau mungkin kepada sesiapa saja yang bertembung dengan anda.
Kepada yang baru membaca buku ini, jangan pernah menyesal kerana sesudah anda menghabiskan cerita yang pertama, hidup anda sudah dihantui. Jadi kepada semua pembaca, bersedialah sekali lagi untuk dihantui kerana INI BUKU LAAAGI SERAM!!!

Majlis Penghargaan Khas!!!!

Pemenang Followers Pertama : Adik Fatin Hanani!!!

Perhatian buat semua pengunjung dan pembaca yang baik hati. Entry kali ini khas aku buat untuk seorang insan yang juga baik hati seperti kalian semua cuma dia lebih sikit hehehehe..Kerana dia telah menjadi FOLLOWER PERTAMA AKU!!!! Oleh itu dengan segala hormatnya aku memberikan penghargaan khas buat Adik Fatin!!!! Yeah!!! Ok adik Fatin boleh claim hadiah kat pesta buku nanti eh. Kalau Adik Fatin pergi ke meja aku, kena tanya "Adakah anda Resmanshah yang kacak?" kalau adik tak tanya...abang tak jawab ahahahahaha..anyway setinggi-tinggi ucapan terima kasih sekali lagi. Dan kepada sesiapa yang tergerak hati nak jadi followers aku, anda juga akan raikan seperti ini. Tahniah dan terima kasih Adik Fatin yang baik hati...