Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Aku dulu, kini dan selamanya!!!

Ini adalah koleksi muka-muka hampeh aku dari zaman remaja dan dewasa. Tua belum ada stok lagi. Insya'Allah panjang umur akan ada versi tuanya. Melihat gambar-gambar ini membuatkan aku mula sedar dan semakin sedar yang perjalanan ku sudah agak jauh. Masa sudah semakin menjauh bersama usia ku. Aku bersyukur kerana masih punya nyawa, tenaga dan tubuh badan serta iman untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Lagu dalam video ini sangat-sangat memberikan aku semangat untuk terus berjalan dan melawan dunia!!!!

Vlog pertama ku...MAFIA

Aku sebenarnya sudah lama hendak membuat video dan memuatkan ia di dalam blog ini. Setelah membuat rundingan selama 3 tahun bersama beberapa orang kongress timor leste dan juga utara Uganda, akhirnya aku berjaya menghasilkan vlog pertama aku. Aku mendedikasikan video ini kepada Alif, bos kepada cartoonrama kerana sudah berjaya merasuk semangat vlog pada diri ku.

Hujung minggu Gua

Sabtu yang lepas, aku telah pergi ke satu tempat untuk membuat satu perkara yang tidak pernah aku lakukan. Mungkin pernah tapi tidak bersendirian. Apakah perkara itu? Ya...Aku telah dijemput untuk satu sesi temubual pendek bersama adik Adriana Maria (hos rancangan) dalam rancangan KIDS ON 2 di TV2. Walaupun jadual masa pengambaran tersasar, namun aku tidak merasa penat mungkin sebab yelah, budak baru nak ditemubual la katakan. Hingus lagi dalam bab ini.
Aku sempat juga bertemu dengan seorang penulis yang sama penerbitan dengan ku iaitu Abang Nabil dan seorang penulis dari PTS Islamica iaitu Saridah Hamid. Berborak-borak sikit dengan mereka yang jauh lebih berpengalaman dari aku yang masih mentah ni.

Aku malas nak cerita panjang lebar. Jadi aku gantikan dengan gambar-gambar ini saja...

Aku dalam sesi mekap. Terima kasih buat Zie kerana sudah membuatkan wajah ku sedikit berubah hehehehe... bukan tak hensem cuma muka aku ni bukan camera friendly...
Sesi mencantikkan tocang aku...masa ni aku dah stat tetido...

Bosan dimekap. Aku lalu memekap si Zie ni pula. Gambar ni diambil sebelum aku kemudiannya memekap wajah Zie pula..

Inilah hos yang menemubual aku. Adik Adriana Maria. Comel siot dia ni. Kalau besar nanti mesti jadi model punya la..
Aku sedang cuba untuk menyembunyikan pistol ku. Aku tau sebenarnya abang yang pakai topi tu FBI yang menyamar jadi krew..Mujur dia ingat aku nak kencing kat set je..tu yang dia offer diri nak tunjuk jalan ke tandas.
Tidak berpuas hati kerana aku sudah memekap dia tadi, Zie bertindak menyerbu set dan memekap aku. Sampai spek mata aku pun dia bedak sekali. Biasak dia ni!
Tuan Director mengajar aku tentang timing camera dan soalan yang bakal ditanyakan kepada ku. Aku buat-buat faham walaupun sebenarnya aku tengah blur masa tu. Banyak sangat camera.
Ni lak brader2 yang jaga camera. Dorang semua ni boleh jaga camera sambil tido siot. Tak caye tengok abang yang pakai hijau ni. Hebat bukan!!!
Aku menjawab soalan adik Adriana Maria. Masa ni tengah shoot dah. Aku sendiri pun tak ingat apa yang repekkan depan camera sehingga berjaya membuatkan abang baju hijau tu terjaga dan mulai fokus. Dia sesekali tergelak kecil sendiri.

Gambar kenangan aku dan dia yang tersayang bersama adik Adriana Maria...Sebenarnya aku bukan tunjuk peace. Aku order teh ais dua kat abang camera baju hijau tu. Haus siot. Dalam set sejuk giles..

Bila Hati Terluka

Aku adalah manusia. Dilahirkan oleh seorang manusia. Aku punya hati. Aku juga punya perasaan. Namun sejak akhir-akhir ini, hati ku terasa terluka. Kadang kala seperti tidak tertahan. Tapi ku gagahkan jua untuk terus berjalan dan bernafas. Arwah nenek pernah kata bila hati terluka, batin pasti akan turut terpukul. Jadi kita kena harus tabah dan cepat mencari arah untuk melepaskan keduanya dari terus terseksa dan terpukul. Tapi semudah itu bagi ku.
Aku adalah seorang yang sangat mementingkan hak orang lain. Aku tidak suka mengambil dan mengganggu hak orang lain. Seperti mana aku tidak mahu orang lain mengambil dan mengganggu hak ku. Tapi bagaimana kalau aku berada di satu tempat di mana aku sangat jauh untuk mempertahankan hak ku? Untuk ku membela diri ku dari dikatakan dayus, penakut dan sebagainya?
Sukar dan sangat menyakitkan. Itulah yang aku rasakan selama ini. Kadang kala aku merasakan sudah tiada ruang di dalam dunia ini untuk aku memiliki sesuatu. Walaupun hanya itu satu-satunya yang aku punya. Ya Allah, Kau tabahkanlah diri ku untuk tetap terus bertahan di dalam dunia ku yang sudah semakin kecil dan terhimpit ini.
Aku pernah terfikir, sekiranya satu hari nanti jasad ku kaku tidak bernyawa. Adakah hati ku akan tetap saja terluka? Bersedihkah mereka semua untuk ku? Diingatikah nama ku oleh mereka? Atau hari pemergian ku itu hanyalah salah satu hari biasa dalam hidup mereka. Aku hanya mampu untuk terus berharap. Berharap aku tidak terus terluka hingga hari terakhir aku bernafas di dunia ini.

16.01.2010...

Nombor di atas adalah satu tarikh yang sangat keramat buat ku. Hari di mana aku bakal meninggalkan semua kenangan lama ku. Kenangan pahit ku. Kenangan yang membuatkan aku merasa bersalah seumur hidup ku. Aku tidak pernah menghafal mana-mana tarikh di dalam hidup ku melainkan itu adalah tarikh yang akan datang. Sebagai contoh tarikh tiket kapal terbang aku. Hari jadi?? Haram...Aku sangat-sangat susah hendak mengingati tarikh itu. Hanya harijadi aku saja yang aku ingat. Hari jadi emak, ayah, adik-adik, dan kadang kala si dia yang tersayang, tidak aku mampu ingat dengan mudah.
Hebat bukan? Ya aku memang hebat sehinggakan ramai yang kekadang bengang kat aku sebab tak ingat hari jadi dorang. Maaf buat semua. Tapi yang pasti..tarikh 16.01.2010 akan menjadi tarikh kedua yang akan aku sematkan di dalam ingatan ku. Ianya adalah tarikh yang tidak akan aku lupakan sehingga akhir hayat ku.
Aku tidak tidur lena kerana menantikan tarikh ini. Aku tidak kenyang makan kerana menunggu tarikh ini. Ianya sangat-sangat istimewa buat ku.....kerana ianya adalah tarikh aku akan mem...alamak bateri laptop nak habis....TIDAKKK!!!!!

Aku Bangkit Lagi!!!

Salam buat semua. Bertemu kita lagi setelah blog lama aku secara tiba-tiba tidak boleh dijejak buat selamanya. Aku sendiri pun tak tahu kenapa? Tapi takpe la...ada hikmahnya juga kerana sekarang blog baru ini lebih ceria. Berkat blog baru dan semangat baru. Buat semua yang masih sudi bertandang di blog aku, terima kasih sangat2 kalian semua memang seorang yang baik hati. Kalau ada yang datang blog aku sebab tak suka aku pun, tidak mengapa, itu hak anda. Aku bukan anak sultan yang boleh pancung korang yang tak suka aku pun. Sedangkan Rasulullah yang sempurna itu pun ada hati busuk yang benci dan mencaci baginda. Siap baling batu kat kepala lagi. Inikan aku insan yang tidak sempurna dan penuh dengan kelemahan. Hehehe...
Buat rakan-rakan yang baik hati dan selalu menyokong aku selama ini, aku hanya mampu mengucapkan terima kasih dan berdoa untuk kesejahteraan kalian semua. Sempena entry pertama di blog baru ini, aku ingin berkongsi juga bertapa aku bersyukur kerana Allah sudah mengabulkan doa aku untuk menjadi seorang penulis. Walaupun masih hingusan dan mentah sangat, aku tetap bersyukur kerana berpeluang berkongsi karya aku kepada orang yang ramai. Dengan harapan anda semua akan terhibur dengan karya pertama ku iaitu INI BUKU SERAM!!! di bawah terbitan Karnadya. Terima kasih kepada pihak penerbit kerana telah memberikan peluang kepada aku, yang dulunya digelar sebagai penulis yang menulis sesuatu yang tidak pasti. Alhamdulillah kini aku sudah mampu untuk menulis sesuatu yang pasti. Alhamdulillah lagi sekali.
Tahun 2009 adalah tahun yang sangat-sangat mencabar buat aku. Banyak juga perkara yang benar-benar mencabar kesabaran ku sebagai manusia biasa. Tapi tidak perlulah aku mengadu tentang masalah itu. Yang penting anda semua tahu, aku juga punya cabaran dan dugaan hidup yang kadang kala mampu membuatkan air mata ku mengalir. Tapi aku masih ingat kata arwah ustaz aku dulu, bila orang mencemuh kita, menfitnah kita, salah anggap dengan apa yang kita lakukan dan katakan, diam dan bersabarlah. Kerana selagi mana kita tidak melakukan apa yang mereka katakan itu, insya'Allah kita akan tetap berjaya. Ingat itu adik-adik. Hehehehe....
Akhir kata dari aku untuk entry pertama ini, majulah sukan untuk negara. Eh??? Apahal pulak. Majulah diri, kurangkan iri di hati. Agar usaha kita diberkati oleh Ilahi...Assalamualaikum W.B.T...

Mungkin tidak ramai yang rela terbang bersama ku, mungkin tidak ramai yang sudi mengajar ku terbang jauh, tapi mereka sudah cukup membuatkan aku mampu untuk merasai bagaimana indahnya untuk terbang tinggi seperti mereka, walaupun kiranya satu hari nanti aku terjatuh...Dedikasi buat sahabat sejati..Ismail, Alif dan Husna. Terima kasih buat segalanya...