Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Bila Hati Terluka

Aku adalah manusia. Dilahirkan oleh seorang manusia. Aku punya hati. Aku juga punya perasaan. Namun sejak akhir-akhir ini, hati ku terasa terluka. Kadang kala seperti tidak tertahan. Tapi ku gagahkan jua untuk terus berjalan dan bernafas. Arwah nenek pernah kata bila hati terluka, batin pasti akan turut terpukul. Jadi kita kena harus tabah dan cepat mencari arah untuk melepaskan keduanya dari terus terseksa dan terpukul. Tapi semudah itu bagi ku.
Aku adalah seorang yang sangat mementingkan hak orang lain. Aku tidak suka mengambil dan mengganggu hak orang lain. Seperti mana aku tidak mahu orang lain mengambil dan mengganggu hak ku. Tapi bagaimana kalau aku berada di satu tempat di mana aku sangat jauh untuk mempertahankan hak ku? Untuk ku membela diri ku dari dikatakan dayus, penakut dan sebagainya?
Sukar dan sangat menyakitkan. Itulah yang aku rasakan selama ini. Kadang kala aku merasakan sudah tiada ruang di dalam dunia ini untuk aku memiliki sesuatu. Walaupun hanya itu satu-satunya yang aku punya. Ya Allah, Kau tabahkanlah diri ku untuk tetap terus bertahan di dalam dunia ku yang sudah semakin kecil dan terhimpit ini.
Aku pernah terfikir, sekiranya satu hari nanti jasad ku kaku tidak bernyawa. Adakah hati ku akan tetap saja terluka? Bersedihkah mereka semua untuk ku? Diingatikah nama ku oleh mereka? Atau hari pemergian ku itu hanyalah salah satu hari biasa dalam hidup mereka. Aku hanya mampu untuk terus berharap. Berharap aku tidak terus terluka hingga hari terakhir aku bernafas di dunia ini.

1 comments:

napa post sedih2...awak tak perlu lah takut...hak awak akan sentiasa jadi hak awak...saya percaya.1 fine day,awak akan miliki sepenuhnya hak awak.and saya rasa hari itu telah pun berlaku few days ago kan??teruslah tertawa dan tersenyum walau dunia tak seindah syurga..mungkin ianya tidak bermakna apa2 pada org lain...tp ia mgkin pengubat buat yang tersayang.....

 

Post a Comment