Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

MARI KITA BERPESTA!!!!

Aku rasa sudah ramai yang tahu tentang pesta buku antarabangsa bakal menggegarkan PWTC bermula esok hari. Ya! Apa yang membuatkan pesta ini istimewa buat diri ku adalah:

1. Aku tidak pernah pergi ke pesta buku seumur hidup aku. Seperti yang aku pernah cerita kat korang aku membesar di Labuan. Kedai buku yang ada pun alahai kecik je. Novel lak abad ke berapa entah bak kata mantan cikgu BM aku di sekolah menengah dulu.


2. Untuk pertama kalinya aku ke pesta buku dalam hidup ku dan alhamdulillah aku datang ke sana sebagai pengunjung dan penulis sekali. Serius aku bersyukur yang tak terhingga kepada Allah S.W.T kerana sudah mendengar dan mengkabulkan doa ku selama ini.


3. Pertama kali juga aku akan bertemu dengan pembaca buku ku serta rakan seperjuangan di Karnadya dan juga rakan seperjuangan di syarikat penerbitan yang lain.


4. Lagi sekali pertama kali juga aku akan berdepan dengan apa yang dinamakan sebagai sesi autograf. Berketar-ketar jugak tangan aku tu nanti.


5. Buku ke dua ku akan diterbitkan di pesta itu insya'Allah kalau takde halangan dan arah melintang-pukang.


Itulah sebab2 mengapa pesta buku antarabangsa 2010 ini sangat bermakna buat diri ku. Kepada semua peminat hasil karya ku, tidak sabar untuk bertemu kalian di PWTC nanti. Sesi autograf ku jatuh pada 27 haribulan. Namun begitu aku akan berada di PWTC juga pada 20, 21, dan 28 haribulan. Jumpa anda semua di sana!!!!



3 comments:

hehehe. sama la. nervous dan excited bergabung serentak.
good luck ya! kita jumpa di sana. :D

 

tak sabar nak gi pesta buku tu....hi..hi..hi...

 

siapa ismail tu abg resmanshah? mesti kacak kan beliau tu?? lihat blog saya pula...

 

Post a Comment