Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Perjalanan...

Jam 5.13 pagi -Masa kejadian...
Pertama sekali aku ingin meminta maaf kepada semua pembaca blog ku ini. Yang masih setia mengunjunginya walaupun tidak seberapa. Walaupun ramai yang tidak meninggalkan jejak. Kamu semua tetap hebat bagi ku. Terima kasih kepada semua. Eh?! Aku bukan nak minta maaf ke tadi???
Aku ingin memohon seribu kemaafan kerana aku terpaksa memberhentikan projek NOVELOG ku atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ini kerana aku sedang membuat beberapa sesi rundingan berat bersama-sama tujuh ahli kongress yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan pembuatan baju sejuk menggunakan kulit tapir selat. Ya Allah?! Apahal aku dah mula merapu ni????
Ok kembali ke trek yang betul. Aku terpaksa menghentikan produksi projek tersebut kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Bukan aku dah cakap ke tadi???
Namun begitu, jangan bersedih buat yang sudah mula membacanya (ada ke yang nak bersedih?) kerana aku akan menggantikannya dengan sebuah cerita yang agak ringan hingga lembu pak cik Kordin ketua kampung sebelah kampung bapak aku pun boleh membacanya dan terhibur kerananya.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang sudah membeli dan membaca dua karya ku bersama-sama KarnaDya. Insya'Allah kalau tidak ada arah melintang pukang, tidak lama lagi korang semua akan melihat kewujudan novel pertama ku yang mana di dalamnya aku tak melawak hatta secebis kain perca sekali pun. Mungkin saja ada yang akan kecewa atau mungkin ada juga yang sudah menyebarkan propaganda novel itu bukan karya asli ku. Tapi percayalah, itu adalah karya ku. Dan ya! Ianya tidak kelakar. Tapi tidak pula novel cinta berat yang mana mampu membuatkan emosi si pembaca terganggu sedikit sebanyak.
Baiklah oleh kerana entri kali ini adalah perjalanan, jadi aku ingin mendefinisikan (betul ke ayat aku tu???) sebuah sajak berat ciptaan ku yang mana telah menjadi rujukkan utama di beberapa universiti terkemuka di seluruh dunia. Jadi terimalah...
Perjalanan,
Perjalanan ini adalah sebuah perjalanan,
Yang mengajar aku erti sebuah kehidupan yang nyata,
Yang.....aaaaaaa,
aaaaaa,
aaaaa,
ZZZZZzzzzzzzz.....

2 comments:

Novelog dihentikan??? *Murka* Seminit kemudian... oh, tak apa. Resmanshah punya minda dan karya. Terpulanglah mahu buat keputusan apa yang terbaik untuk diri. ;)

Walaupun saya tak lagi membaca novel seram tersebut, namun turut teruja dengan kehadiran novel baru sambil bertepuk selama tiga minit tanpa henti. Janganlah percaya! :P

Sajak apakah? Sejenis sajak atau tercakar dalam nota akibat mengantuk di dalam dewan kuliah... Huh? Silalah mulakan 'perjalanan' Bawa peta! Harap Resmanshah tak sesat!

 

Hehehehe...terima kasih atas sokongannya cik Izanor. Murka??? Maafkan patik....Tapi jangan risau pengantinya insya'Allah mungkin juga menghiburkan...Saya juga harap tidak sesat. Jikalau cik Izanor rasa saya bakal sesat atau sudah sesat, tolong tegur dan beritahu jalan yang sepatutnya.

 

Post a Comment