Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Seminar di SMK LAJAU LABUAN....

Hari pertama....20 September 2010
Seminar aku di sekolah ini bermula pada 20 September 2010 dan berakhir pada 21 September 2010. Pada hari pertama seminar, aku sudah sedikit terkejut beruk. Mengikut jadual seminar bermula pada 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Mungkin kerana rasa rendah diri, aku budget mesti pukul 8.00 pagi baru dorang set up tempat untuk majlis. Yelah, aku ni bukan menteri ke apa ke dorang nak set up awal2. Tapi ternyata aku silap besar. Bila mana aku tiba di sana pada jam 8.05 pagi, semua murig dan guru termasuk Tuan Pengetua iaitu Tuan Sahar, bersama Tuan Haji Osman, Tuan Suili, Kak Norgadis (nama pena), Hajah, dan juga Cik Rafidah, sedang menanti ketibaan aku. Aku disambut dengan begitu meriah dan baik sekali. Mula la aku rasa terharu dan gugup. Gugup sebab takut aku tidak mampu memberikan yang terbaik untuk seminar itu.

Sebaik aku melangkah ke dewan seminar, semua pelajar memberikan salam hormat kepada ku dan semua tetamu kehormat. Aku membalas salam hormat mereka semua dengan senyuman. Dengan lafaz bismillah di dalam hati, aku memulakan seminar walhal dalam kepala otak aku begitu risau tentang masa seminar yang begitu panjang. Aku berlatih di rumah semalam tak sampai 40 minit je pembentangan aku huhuhhu...Tapi berkat respon positif dari para pelajar dan perhatian mereka, alhamdulillah aku mampu untuk memberikan ceramah dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan mereka selama lebih dari 2 jam?!!! Sampai2 aku tak perasan aku sudah meragut keseluruhan masa rehat mereka semua. Abang minta maaf ye adik-adik semua...


Selepas seminar hari pertama selesai, aku dijemput untuk ke meja hidangan yang dihias cantik oleh pihak sekolah. Bersama-sama rakan seperjuangan di Perwila dan juga para guru dan pengetua sekolah, aku menikmati hidangan yang sangat menyelerakan. Mujur ramai di antara mereka yang berpuasa, kalau tak, dah buruk lantak dah aku...Haa..cik Rafidah dan Kak Norgadis mesti senyum2 kalau baca ayat aku ni kan? Kan? Sebab aku hanya makan sebijik kuih. Kontrol macho bak kata orang.
Hari kedua...21 September 2010

Pada hari kedua seminar, sekali lagi aku menjadi orang yang terakhir sampai. Aku terlajak tidur semalam sebab malam tu tidur jam 3 pagi. Sempat menulis manuskrip sekejap. Pada seminar hari kedua ini, aku memberikan sedikit preview tentang hasil karya aku bersama KarnaDya dan juga PTS. Aku siap tunjuk trailer Syaakur yang aku buat sendiri lagi hehehe...Aku sempat menceritakan salah sebuah cerita dari buku pertama ku iaitu INI BUKU SERAM..Syukur kerana aku berjaya membuatkan semua tetamu kehormat, guru2 dan para pelajar tergelak bersama-sama. Terima kasih semua! Seronok kerana dapat menghiburkan kalian semua!!!

Selepas itu, aku dibawa ke pentas sekolah untuk mengadakan sesi jualan hasil karya aku. Aku sedikit tergamam, bila melihat di atas pentas sudah tersedia sebuah meja yang dihias cantik buat ku. Aku juga disuruh menandatangani buku pelawat yang besarnya seperti buku mohor diraja hehehehe...Ramai putera dan puteri SMK LAJAU LABUAN sudi membeli dan meminta tandatangan aku yang tak nak berapa nak lawa tu. Sori dik, tulisan abang dari dulu tak berapa nak kreatif. Tulis surat cinta pun kadang2 si dia tak berapa nak faham tulisan huhuhuhu...Secara keseluruhannya, aku sangat2 gembira membuat seminar di sekolah ini. Para guru dan pelajar semuanya best2 belaka. TERIMA KASIH BUAT SEGALANYA DAN SEMOGA BERJUMPA DI LAIN MASA...GOOD BUAT SEMUA PELAJAR SPM DAN STPM SMK LAJAU..


Bersama semuanya...Muka aku dah merah sebab kena panas huhuhu...Muka aku memang cepat merah kalau kena panas...


Antara Hero-hero yang memberikan sokongan yang kancang...hehehehe

Antara puteri-puteri yang hadir dan memberikan sokongan...

2 comments:

Hahaha.... (gelak dulu, sampai lupa beri salam ni)

Assalammualaikum Resman...
Bab makan tu, kalau akak tak puasa, pasti belawan makanlah kita hehehe.... Apa pun seminar cukup menarik, sehingga anak akak yg hanya dengar cerita dari mulut akak yg tak berapa nak diam ni, tak sabar nak dengar seminar dari Resman sendiri.

Teruskan usaha Resman, akak ni mengharap tempias pengalaman mahal dan tunjuk ajar dari Resman je...

 

Hahahaha...dah agak dah. Tapi di sekolah kedua nampak sudah buruk lantak saya tu sikit kan?

Saya pun tak sabar nak memberikan seminar pada anak akak. Secara peribadinya anak2 akak punya masa depan yang cerah dalam dunia penulisan kerana sudah terdedah sejak dari usia muda lagi.

Hehehehe...isk jangan cakap macam tu kak. Saya juga bukan sesiapa. Hanya penulis biasa saja. Insya'Allah kita sama2 majukan diri dengan sama berkongsi ilmu dan pengalaman eh..Terima kasih atas sokongannya kak...

 

Post a Comment