Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Syaakur - Pejuang Dua Dunia


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya novel pertama ku bersama PTS FORTUNA sudah selamat dicetak dan akan menemui pembaca pada 18 JUN 2010. Terima kasih kepada pihak PTS FORTUNA dan juga tuan editor yang sudah bertungkus-lumus membetulkan dan mempercantikkan karya aku. Hah...inilah karya yang aku cakap kalau korang baca mesti korang ingat bukan karya aku. Sebab aku buat serius punya karya. Tapi jangan risau dan kecewa, novel ini ada sambungannya, dan aku dah plan baek punya nak melawak sikit dalam episode kedua. Kepada semua pembaca buku aku bersama KARNADYA, aku harap korang sudi mendapatkan novel fantasi aku bersama PTS FORTUNA ini juga ye...hehehehe...aku harap karya aku kali ini mampu memberikan manfaat kepada pembaca. Untuk preview lengkap, silalah ke http://www.pts.com.my/ pergi ke ruangan senarai buku AKAN TERBIT. Salam buat semua....

5 comments:

Tahniah SATU: Maju setapak lagi dengan kelahiran novel yang ketiga.

Tahniah DUA: Amboi, sudah rancang sambungan sirinya pula. Hebat!;)

Tahniah TIGA: Saya amat cemburu,okey! (Bukan dengki. Cemburu persaingan yang sihat)

Semoga novel ini akan laris di pasaran dan pejuang Syaakur berjaya mendapat tempat di hati para pembaca. Woh! :D

 

salam resmanshah,

rasanya dah lama pts tak terbitkan cerita-cerita yang sealiran dengan saga artakusiad, pahlawan adamus... among my favourite genre. so can't hardly wait to read this one too. will review it later on :)

 

Izanor : Terima kasih atas komen dan ucapan tahniahnya. Doa yang sama buat buku cik Izanor juga.

Kaizar : Saya tidak dapat masuk ke dalam blog tuan melalui link nama tuan. Terima kasih buat komennya. Semoga karya saya itu mampu menghiburkan tuan. Sangat2 menantikan review tuan.

 

Salam tuan,

Tahniah untuk buku ini (sudah lama mahu ucap tetapi tidak jumpa blog tuan.

Maaf kerana menjadikan novel tuan sedikit lembut (sebab yang mengeditnya perempuan).

Maaf jika suntingan tidak memuaskan.

 

buku syaakur pejuang 2 dunia ni ade sambungan ke dh ade kt pasaran ke best lh buku ni

 

Post a Comment