Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Projek Mengarut Bermula Lagi!!!


Salam buat semua para pengunjung yang masih saja setia bertandang ke blog ku yang tak seberapa ini. Di hari yang agak suram ini, aku ingin menggembar-gemburkan satu projek lagi projek mengarut ku kepada semua pengunjung. Sebenarnya projek kali ini adalah sebagai gantinya projek Novelog ku yang terpaksa aku hentikan atas sebab2 yang tidak dapat ku nyatakan di sini. Yang pastinya bukan kerana ianya karya orang lain yang ku tiru. Ianya asli dari kepala hotak aku ni hah.


Projek aku kali ni lebih kepada satu coretan cerpen bersiri yang penuh dengan ayat2 yang tidak dapat untuk ku tulis di dalam manuskrip ku. Kerana ianya pasti akan tidak dibukukan. Kira ni projek lepas gian menulis cara bebas dan paling pasar sekali.


Harapan aku hanyalah, projek kali ini tidak akan lagi tertunda di tengah jalan seperti projek yang sebelumnya. Disamping itu aku berharap juga korang semua terhibur hendaknya membaca cerpen bersiri ku itu nanti.


Insya'Allah aku akan mulakan projek ini secepat yang mungkin...

2 comments:

tidak sabar menunggu projek baru tersebut....(^__^)V

 

Terima kasih cik smilin. Wah?! Sudah lama tidak dengar kabar dari cik yang cantik ini

 

Post a Comment