Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

E-Novel bersama Lautan Buku!!!

Salam buat semua pengunjung yang baik hati. Hari ini aku sangat berbesar hati kerana e-novel aku bersama Lautan Buku sudah pun diterbitkan. Sesuatu yang pernah aku buat suatu ketika dulu sebelum aku bergelar penulis sebenar dan bukannya menulis sesuatu yang tak pasti seperti yang pernah dikatakan oleh beberapa pihak suatu ketika dulu.
Aku masih ingat lagi kerjaya aku sebagai seorang penulis bermula dari menulis di blog aku. Walaupun yang membacanya hanya dua tiga orang sahaja, tapi aku sudah cukup berpuas hati kerana sekurang-kurangnya ada juga yang sudi berkongsi karya aku tu. Jadi kepada semua yang bercita-cita hendak menjadi penulis dan hanya menulis di blog sahaja pada ketika ini, teruskan usaha anda kerana anda tidak menulis sesuatu yang sia-sia hanya kerana tidak mendapat royalti. Royalti hanyalah bonus kepada penulis tetapi kepuasan berkongsi karya dan menghiburkan para pembaca anda adalah sesuatu yang tidak ternilai. Jadi teruskan menulis bebeh!!!
Terima kasih kepada warga LautanBuku kerana sudi menjemput aku untuk menulis di blog mereka. Aku harap karya aku yang tersiar di blog itu akan memberikan manfaat kepada pembacanya. Akhir kata dari aku. Semoga terhibur membacanya. Kepada pengunjung blog aku ni, kalau nak baca e-novel aku tu, pergi la ke blog lautanbuku. Link dia ada kat belah kanan blog aku ni. Wasalam....

3 comments:

Hebat! Resmanshah kian cargas!
Tahniah!!! (^_^)

 

Terima kasih cik Husna. Ini semua berkat sokongan yang tersayang dan rakan-rakan sejati saya seperti Husna Adnan, Alif, Mail dan ramai lagi. Terima kasih semua!!!!! Hehehehe...

 

hebat juga ye resmanshah ni....

hi...hi...hi...hi...

 

Post a Comment