Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Buku Kedua ku...

Pertama sekali aku ingin bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan aku kesihatan dan bakat untuk terus menulis. Hari ini preview cover buku terbaru ku sudah pun terpampang di website Karnadya. Kepada semua pembaca setia buku ku, anda semua boleh mendapatkan buku tersebut di pesta buku antarabangsa nanti. Jadi kita berjumpa di sana semua ok! Tak sabar nak jumpa semua pembaca INI BUKU SERAM!!!!


Sinopsis:
Kalau sebelum ini hidup anda sudah dihantui oleh INI BUKU SERAM, sekarang bersedialah untuk dihantui sekali lagi kerana ia kembali lagi. Bersedia untuk dibuka dan dibaca oleh anda semua! Bersiap untuk menghantui diri anda lagi dengan cerita yang lebih seram hingga membuatkan anda semua berasa menyesal dan geram sakan.
Keseraman jalan cerita yang ada di dalam buku kali ini lebih mantap dan lebih mengelirukan. Pasti ada yang terkeliru atau mungkin juga ada yang terasa menyesal kerana sudah membaca buku ini. Menyesal kerana kisah-kisah seram di dalam buku ini pasti akan terus menghantui hidup anda sehingga anda mahu menceritakannya kepada rakan taulan, saudara-mara, atau mungkin kepada sesiapa saja yang bertembung dengan anda.
Kepada yang baru membaca buku ini, jangan pernah menyesal kerana sesudah anda menghabiskan cerita yang pertama, hidup anda sudah dihantui. Jadi kepada semua pembaca, bersedialah sekali lagi untuk dihantui kerana INI BUKU LAAAGI SERAM!!!

5 comments:

Tahniah Resmanshah!
SUNGGUH CARGAS!!! =D

 

Tahniah! Walaupun saya bukan peminat cerita seram, tetapi tertarik ingin membaca buku ini dan yang sebelumnya. Harap sangat ianya adalah komedi seram. Kan? Kan? (Cubaan menyedapkan hati sendiri! Hehe)

Teruskan perjuangan dalam penulisan! :D

 

Husna : Terima kasih cik Husna yang best dan baik hati.

Izanor : Terima kasih sangat2 kerana sudah sudi untuk membaca hasil karya saya. Bacalah mungkin harapan anda itu akan jadi kenyataan kerana buku-buku saya MEMANG seram hahahaha

 

saya tak sabar nak baca buku tu....

 

sekarang saya dah baca buku tu....
tahniah atas karya anda mr.....
memang seram..
hi hi hi hi....

 

Post a Comment