Resmanc World

Selamat Datang Ke Dunia Imiginasi Ku...

Aku Bangkit Lagi!!!

Salam buat semua. Bertemu kita lagi setelah blog lama aku secara tiba-tiba tidak boleh dijejak buat selamanya. Aku sendiri pun tak tahu kenapa? Tapi takpe la...ada hikmahnya juga kerana sekarang blog baru ini lebih ceria. Berkat blog baru dan semangat baru. Buat semua yang masih sudi bertandang di blog aku, terima kasih sangat2 kalian semua memang seorang yang baik hati. Kalau ada yang datang blog aku sebab tak suka aku pun, tidak mengapa, itu hak anda. Aku bukan anak sultan yang boleh pancung korang yang tak suka aku pun. Sedangkan Rasulullah yang sempurna itu pun ada hati busuk yang benci dan mencaci baginda. Siap baling batu kat kepala lagi. Inikan aku insan yang tidak sempurna dan penuh dengan kelemahan. Hehehe...
Buat rakan-rakan yang baik hati dan selalu menyokong aku selama ini, aku hanya mampu mengucapkan terima kasih dan berdoa untuk kesejahteraan kalian semua. Sempena entry pertama di blog baru ini, aku ingin berkongsi juga bertapa aku bersyukur kerana Allah sudah mengabulkan doa aku untuk menjadi seorang penulis. Walaupun masih hingusan dan mentah sangat, aku tetap bersyukur kerana berpeluang berkongsi karya aku kepada orang yang ramai. Dengan harapan anda semua akan terhibur dengan karya pertama ku iaitu INI BUKU SERAM!!! di bawah terbitan Karnadya. Terima kasih kepada pihak penerbit kerana telah memberikan peluang kepada aku, yang dulunya digelar sebagai penulis yang menulis sesuatu yang tidak pasti. Alhamdulillah kini aku sudah mampu untuk menulis sesuatu yang pasti. Alhamdulillah lagi sekali.
Tahun 2009 adalah tahun yang sangat-sangat mencabar buat aku. Banyak juga perkara yang benar-benar mencabar kesabaran ku sebagai manusia biasa. Tapi tidak perlulah aku mengadu tentang masalah itu. Yang penting anda semua tahu, aku juga punya cabaran dan dugaan hidup yang kadang kala mampu membuatkan air mata ku mengalir. Tapi aku masih ingat kata arwah ustaz aku dulu, bila orang mencemuh kita, menfitnah kita, salah anggap dengan apa yang kita lakukan dan katakan, diam dan bersabarlah. Kerana selagi mana kita tidak melakukan apa yang mereka katakan itu, insya'Allah kita akan tetap berjaya. Ingat itu adik-adik. Hehehehe....
Akhir kata dari aku untuk entry pertama ini, majulah sukan untuk negara. Eh??? Apahal pulak. Majulah diri, kurangkan iri di hati. Agar usaha kita diberkati oleh Ilahi...Assalamualaikum W.B.T...

Mungkin tidak ramai yang rela terbang bersama ku, mungkin tidak ramai yang sudi mengajar ku terbang jauh, tapi mereka sudah cukup membuatkan aku mampu untuk merasai bagaimana indahnya untuk terbang tinggi seperti mereka, walaupun kiranya satu hari nanti aku terjatuh...Dedikasi buat sahabat sejati..Ismail, Alif dan Husna. Terima kasih buat segalanya...

0 comments:

Post a Comment